Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

20 November, 2013

Kesilapan Usahawan MLM

Dalam keadaan tak sedar kita dalam keadaan dimana fasa industrial age telah berlalu. Zaman sekarang ialah zaman information age bukannya industrial age.sejak abad ke 21 bidang keUSAHAWANan menjadi tumpuan masyarakat. Pemikiran seorang usahawan menjadi cuba dikaji, dan buku buku tulisan usahawan mula digali, apa sebenarnya yang menyebabkan usahawan berjaya. 

saya sendiri pon pernah mengkaji kisah kisah usahawan berjaya. Dan saya juga suka mengkaji tentang Alam Sekitar. Semakin saya membuat cerapan, semakin sayapergi seminar demi seminar , semakin saya baca buku demi buku semakin saya mengkaji melalui internet. Saya mendapati sesuatu formula ....saya rasa dah tiba masanya untuk SAYA BERKONSI DENGAN DUNIA. Sikap saya yang suka mengkaji inilah TERCIPTANYA KOD 775 ....hasil melalui proses yang saya sebutkan di atas. 

Saya tahu elmu saya ni tak seberapa HEBAT .Tapi dalam hati kecil saya mengatakan ingin membantu masyarakat. SEBAB masyarakat sekarang ni memerlukan bantuan. mereka tak tahu apa sebenarnya ERTI KAHIDUPAN. tambahan pula masalah SKIM PIRAMID LER, MLM LER, APA LER , DAN MACAM MACAM LAGI SKIM SKIM KAT LUAR SANA. mereka terkaliru mana satu mlm, apa itu skim piramid. sebagai orang yang PERNAH menyertai MLM saya tahu apa itu MLM dan saya bukan tak tahu mana mana syarikat yang SKIM PIRAMID TAPI PAKAI TOPENG MLM. sebab zaman sekarang ni manusia berlumba lumba mengejar DUIT. 

keperluan Duit menjadi kehendak. ANDA akan bernasib baik jika anda berada pada LANDASAN YANG BETUL.

semasa saya masuk syarikat MLM saya pada tahun 2010 iaitu prepaid4u salah satu syarikat topup yang terbesar. Tapi ko jangan cari syarikat ini sekarang sebab SYARIKAT DIA DAH LINGKUP. tapi sebelum syarikat prepaid4u ini lingkup saya dah masuk syarikat MLM yang lain iaitu Worldwellness SDN BHD. sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan.

sebelum aku masuk mana mana syarikat AKU KAJI DAHULU mana satu syarikat MLM dan mana satu SYARIKAT SKIM PIRAMID.

soalan soalan KILLER aku sebelum aku masuk mana mana syarikat MLM

1 ) syarikat ini jual produk apa ?

kalau nak tahu sistem MLM dia ikut asas bisnes yang sebenar. asas bisnes adalah ada penjual dan ada pembeli. jual dan beli itu terhasil BERNIAGA. so, kalau dia ada sebut " ini bukan jual produk ? " itu bermakna bukan MLM sebab MLM sebenar adalah jual produk. cuba ko fikir kalau tak jual produk macam mana nak dapat keuntungan???. kalau tak dapat keuntungan macam mana nak bayar komisyen??? . sebab skim piramid dia punya keuntungan HANYA DARIPADA PENDAFTARAN. sebab itu mana mana skim piramid memang dalam keadaan terdesak untuk dapatkan CUSTOMER sebab sistem ini kalau ada orang masuk baru ada keuntungan. walau dia cakap jual ke, bukak kedai ke, tapi dia fokus pada pendaftaran lebih baik tinggalkan. 

2 ) syarikat ni guna sistem PAIRING KE APE ??

yang ini pon sama sebab HANYA SISTEM SKIM PIRAMID SAHAJA YANG GUNA SISTEM PAIRING. MLM yang sebenar bukan bergantung pada sistem pairing. yang guna sistem pairing ni sebab KEUNTUNGAN DARIPADA pendaftaran bukan PADA JUAL PRODUK. mlm sebenar adalah keuntungan daripada menjual produk. 

dalam pengalaman aku. aku nak senaraikan AMALAN SKIM PIRAMID YANG PAKAI TOPENG MLM. dalam pengalaman aku sahaja 

senarai syarikat SKIM PIRAMID:-

- scor A ....
- pencil.my
- unstopabble
- uptrends

dan banyak lagi syarikat skim piramid

syarikat MLM sebenar:-

- herbal life
- CNI 
- Revel
- Amway
- Elken
- worldwellness

dan banyak lagi 

2 soalan yang saya ajukan tadi inilah menyebabkan saya tak mudah tertarik dengan mana mana MLM atau Skim piramid. taktik dirang semua aku dah tahu sebab aku dulu pernah buat macam mana diorang buat. 

nak tahu apakah kesilapan usahawan MLM.

1) memaksa orang lain menjadi Ahli

aku menyampah sebenarnya diowang ni semua guna taktik yang salah untuk approach customer. oleh kerana bayangan duit tu menjadi besar dalam hidup diorang . mereka ni semua kena psycho dengan upline diorang. sebab inilah mereka dalam keadaan terdesak nak dapatkan duit. inilah bukan cara yang betul untuk cari orang. perniagaan yang sebenar ialah MEMBANTU ORANG LAIN. bukan paksa oranh lain .kalau paksa orang lain itu bukan BERNIAGA itu namanya buruh paksa. 

2 ) merahsiakan tujuan mereka

yang ini aku selalu kena aku pernah dipromote oleh kawan aku sendiri melalui telefon  kononnya nak bincang something. " Eh, tahir ko datang tempat ini ......pkul 10....sekian sekian  " .....bila aku dah sampai jek. dia terus promote bisnes dia pada aku. anda tahu jawapannya ....memang kompom la aku tak masuk..... company pencil.my ....sebuah company yang baru bertapak ...oleh kerana aku skim dia skim piramid ....nak tahu tak macam mana aku tahu ingat lagi 2 soalan KILLER. aku pernah tanya.

3 ) kalau tak beli produk ....mula lah nak kutuk kutuk.

ini baru baru ini kawan aku asrul ( bukan nama sebenar ) dipromote oleh mak cik sedara dia. kononnya dia cakap pasal orang berjaya. padahal nak promote MLM. tapi cara dia memang sial sebab cara memakso untuk join bila asrul tak join jek. terus asrul kena kutuk. itulah pasal " kalau kau nak bisnes kau nak KAYA KAU TAKKAN KAYA ". ayat ini asrul pernah cakap dengan mak cik sedara dia ....lagi dia panas. DALAM KEHIDUPAN KITA INI jangan hard sell. SEBAB kalau hard sell memang kompom jadik gaduh. orang nak buat bisnes lagi ler nak tarik orang. bukan menolak orang.



4 ) kalau tak join jek mula lah nak cakap macam macam

aku pernah kena macam ni. time aku lepak MPH kat mahkota parade ada sorang auntie cina tu promote MLM amway pada aku. peluang bisnes la? ape la ? kaya la ? suami dia itu dan ini la ??

malas aku nak layan...... aku cakap ayat killer aku ....

" nasihat percuma tak mempunyai nilai "

time aku cakap ayat ini auntie cina tu mengamuk dengan aku. dia cakap la itu la ini la.

" itu semua bukan saya nak pon ???"

" ini semua dulu saya dah buat dah MLM ni . dan saya tahu apa taktik orang MLM beli, guna , kongsi ....itulah yang saya buat. tapi itulah teknik saya BUAT TAPI SAYA TAK BERJAYA ..."

lepas aku cakap jek ayat ni ...auntie cina tu terus bla ....mungkin dia terpukul kot dengan kata kata aku ....



WAHAI PEMBACA PEMBACA SEKALIAN KALAU NAL MLM BUKAN SAYA TAK BAGI TAPI SAYA TAKUT ANDA SEMUA TERMASUK PERANGKAP SKIM PIRAMID YANG PAKAI TOPENG MLM....MLM ADALAH SISTEM YANG BAIK....TAPI TELAH DISALAH GUNA OLEH MANUSIA YANG TAMAK, KUASA , DAN NAFSU ....

INILAH PUNCA PENDERITAAN ....



13 November, 2013

teknik aku dalam bidang selling

banyak juga aku bekerja dalam bidang selling salah satu bidang kemahiran yang paling penting dalam bisnes. Robert kiyosaki pernah berkata sebelum kita melangkah dalam bidang bisnes kita perlu belajar kemahiran menjual. jika dilihat kemahiran dalam bidang selling adalah paling kurang diceburi oleh kebanyakan manusia kadang kadang dalam bidang inilah terdapat satu rahsia yang ramai yang tak tahu iaitu SELF DEVELOPMENT. saya dulu pernah bergaul dengan orang saya tak kenal. saya pernah edar fliers. pernah kena maki. pernah rasa macam macam dalam bidang selling. sampai pada suatu hari saya tertanya tanya pada diri saya. BETUL KE APA YANG SAYA BUAT NI ???

setelah sekian lama menilai kehidupan saya sendiri selepas saya menuntut ilmu tentang bisnes. SELLING ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

dalam bidang inilah saya belajar macam macam ragam manusia. Saya pun telah bina taktik saya sendiri untuk saya berjaya dalam bidang selling.

1. PECAHKAN EGO

sebenarnya customer yangt tak beli tu bukan sebab apa pon salah satunya sebab ego dia apabila dia mahu beli barang dia mahu capat buasanya pada customer yang kaya. biasalah orang kaya kan tapi aku tak kisah orang kaya macam mana pon aku dapat serve dengan baik. orang kaya tak kisah pasal harga ....yang penting barang berkualiti tapi serve mesti nak cepat. biasanya aku pecahkan ego pada manusia yang kampung kampung yang tak pernah lihat barang ori ....barang barang yang jual kat pakson tu barang ori yang branded punya ....mana ada jual kat pasar malam.....pasar malam biasalah cetak punya barang.


2. REFRAMING

aku pernah ditanya oleh customer sempit aqal semasa aku kerja kedai komputer 

" dik, jenama acer ni jenama bagus ke ??? "

jawapan aku " mestilah, kalau jenama tak bagus kenapa masih lagi ada orang yang beli " betul tak ??

abang yang tanya aku pon terus beli tanpa banyak soal. sebab kalu banyak soal algi banyak aku basuh otak dia.


3. BUKAK HATI DAN MINDA


ini teknik yang aku gunakan semasa aku dalam bidang jual buku kanak kanak. sebab ibu bapa sentiasa mahu yang terbaik untuk anak anak mereka. 

ada sorang brother ni tanya aku 

" dik ,ni buku sesuai ke untuk anak abang ? "

aku tanya balik " umur anak abang berapa tahun "

abang tu jawab " baru 3 tahun, belum tadika lagi ,sesuai ke untuk anak abang yang belum sekolah ni "

aku pun explain dengan abang tu 

" macam ni bang syarikat kali ini memang jual buku kanak kanak sesuai untuk SEBELUM UMUR 4 TAHUN, umur anak abang baru 3 tahun, so memang sesuai sangat la tu, sebab nanti time anak abang masuk sekolah nanti anak abang lagi bertambah bijak, macam mana bang ???

abang tu terus beli jugak .....buku aku jual tu mungkin dia melihat muka aku serious kot......



05 November, 2013

Pengalaman aku kerja MYDIN

aku masuk kerja MYDIN melalui Asrul. kawan aku yang rapat sejak aku kat melttec dulu. inilah first time aku kerja tentang hypermarket.banyak perkara yang aku belajar daripada pengalaman aku sendiri. salah satu sebabnya ialah aku dapat belajar subjek bisnes melalui apa yang aku alami. aku ditempatkan di FRESH MARKET. bahagian sayur...mydin yang aku pernah kerja ialah MYDIN MITC melaka.....

nak diringkas kan cerita aku pecahkan kepada 5 perkara yang aku belajar daripada sistem kerja mydin.:-

1 - Disposal - sebelum sayur busuk itu dibuang sayur sayur itu perlu ditimbang dulu. selepas ditimbang direkodkan. cara ini ialah untuk mengatahui berapa banyal ALIRAN KELUAR . 

2 - Packaging - sayur sayur itu perlu dibungkus dalam plastik sebelum display kat rak sayur. Sayur yang besar tak payah masuk plastik. ikat dan terus display .

3 - Buang - mana mana sayur yang dah lusuh tu. perlu dimasukkan dalam bakul. mana mana yang daun yang dah layu perlu dipatahkan dan yang elok perlu ditinggalkan. lcara ini adalah berikan SAYUR yang terbaik kepada customer.

4 - pilih - mana mana sayur yang dah rosak itu perlu dimasukkan ke dalam bakul untuk dibuang. 

5 - topup - ini kebiasannya hari sabtu dan ahad customer ramai jadik permintaan banyak. hari biasa aku topup sayur sikit jek. tapi hari sabtu dan ahad aku perlu topup sayur banyak banyak sebelum sayur itu habis....


Pengalaman aku kerja KFC

Ingat lagi tak cerita Kassim Manager pakson yang tak guna tu. kebiasannya golongan manager ni. Mereka tak tahu apa apa pun tantang bisnes. Mereka hanya tahu apa itu makan gaji.

cukup cukup cukup. Ini kisah cerita KFC bukan cerita pakson. time aku kerja KFC aku selalu buat baik dengan tukang masak. Sebab aku pun tak tahu apa yang istimewa tukang masak ni. sebab aku selalu melihat tukang maska ni seolah olah ada menyorokkan something yang aku sendiri pon tak tahu.

starts daripada situ ler aku stat MODELLING apa yang dilakukan oleh tukang masak ni. Aku sendiri pon melihat macam mana dia masukkan rempah ayam. melyek tepung, macam mane dia ganyang ayam dalam tepung. dalam aku melihat pada rempah yang dia gunakan. aku ingatkan dia gunakan rempah kari BABAS ke ape kan . rupa rupanya bukan. aku melihat rempah dia takde nama. kosong. takde tulisan pon. aku pun try rrr Cium rempah tu.

pada firasat aku. aku tak athu bau ape ni. rempah yang telah bercampur. sampai manager aku pun tegur aku. " Eh, Tahir rempah yang ko pegang ni jangan bawak keluar "..... Fuh semangat aku ingatkan dia nak marah aku pasal aku main rempah. Tapi aku pelik kenapa dia tak kasik aku bawak keluar.

dalam diam aku mencari kat mane rempah tu ade. cari punya cari dapatlah aku cari. aku jumpa rempah tu kat MYDIN. aku mula asal aku tak tahu. bila aku pergi kat MYDIN baru aku tahu rempah ratus ada banyak. time ni aku teringat time aku CIUM. lepas tu aku campur ler HEMTAM KEROMO JEK. 

balik jek ke rumah aku suruh mak aku goreng dengan rempah yang aku hentam keromo tu. TADAAA.....jadilah resipi rahsia aku. tapi rasa dia ada lari sikit hampir sama dengan KFC tapi aku tak tahu apa nisbah dia. apa makna rampah yang aku hentam keromo tu ...itulah maknanya TFC (Tahir Fried Chicken )

01 November, 2013

Cerita BEST STUDENT Sekolah

Selepas aku meninggalkan sekolah lama aku. aku masuk ke Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (melttec). Ramai orang cakap Smk Seri Mahkota sekolah bakul sampah. Tapi time aku kat sekolah tu aku bukan ditempatkan di kelas BANGANG. Aku ditempatkan di kelas 4Alfa. sebelum ni nama kelas dia 4 science 1.

Ha time aku kat sekolah teknik inilah aku stat popularkan diri aku.Bukan aku yang mintak. POPULAR itu yang datang sendiri. Time inilah aku belajar banyak perkara. Aku bercampur dengan pelbagai latar belakang manusia. Perangai orang kampung, perangai orang bandar, orang pantai timur, dan orang selatan. Mungkin inilah dilemma budak asrama. Sebab time aku kat Seri mahkota aku tak jumpa pulak situasi ini (berbagai komuniti ). Time aku kat Seri Mahkota aku hanya bergaul dengan orang kampung sahaja. 

Nak dijadikan cerita. Aku ditempatkan 4 pke 1 pada tahun 2006. Disinilah aku jumpa dengan orang yang aku tak kenal. Saje baru nak belajar bergaul dengan orang lain. Time kat seri mahkota tak pernah terfikir nak bergaul dengan orang lain. Tapi kat sini aku rasa sunyi berjauhan dengan mak bapak (maklumlah budak asrama ). jadi kemamau lah jawabnya.

Dalam ramai ramai budak kelas aku. aku tengok ada sorang budak pandai ni. memang pandai tapi aku tak kenal dengan mamat ni. OKeylah , kalau macam tu aku namakan dia Reza ( bukan nama sebenar ). Aku tengok cara dia berfikir tak sama dengan orang lain. Aku pun tirulah cara dia. Sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat. 

INFORMATION TENTANG REZA YANG AKU TAHU.....

Aku tengok reza ni ada makan madu lebah. aku pun ikut. 
reza ni pandai subjek matematik. aku pun ikut. buat buat tanya reza soalan mathematik. Reza ni pandai bergaul dengan orang ramai. aku pun ikut
Reza ni hisap rokok. TAPI YANG INI AKU TAK IKUT ....
Pokoknya apa sahaja tentang diri reza aku aplikasi ke dalam diri aku.

nak tahu tak apa yang terjadi kepada diri aku ??? setelah aku MODELLING cara dia ??

berapa ramai yang nak tahu ?? sila angkat tangan ???

berapa ramai yang nak tahu ??? say hi ???

Jawapan ; Keputusan aku dalam subjek add math dan math mendapat A1 sama macam keputusan reza. inilah hasil apabila kita meniru cara orang pandai. Aku ni takde apa yang sebenarnya. Apa yang aku buat hanyalah meniru dan aplikasikan pada diri aku sendiri. Akhirnya, aku dapat TITLE apa yang reza dapat. IAITU ......MENJADI BEST STUDENT SEKOLAH....

inilah rahsianya untuk jadik budak pandai. Betul sebelum ni aku berlagak. memang ler dah namanya BEST STUDENT sekolah.Time aku dapat title ni macam macam KELEBIHAN SEKOLAH aku dapat. orang sanjung sanjung aku. Disinilah aku belajar apa itu RIAK. apa itu TAKBUR. dalam ranking teknik aku dapat no4. reza no3 , no2 che saiful haris dan hannan no1. ini sahaja ranking teknik zaman kegemilangan aku. yang aku berani tulis.

Aku sepatutnya rahsiakan perkara ini. Tetapi aku rasa berdosa sebab aku tak SHARE ilmu aku. Dulu time sekolah dulu aku FOCUS hanyalah mengumpul ilmu dan bagaimana nak berjaya. Tapi aku tak pernah SHARE apa yang aku tahu. SIAPA YANG PERNAH RAPAT DENGAN AKU TAHU LAH APA PERANGAI AKU ....

KISAH BERSAMBUNG ......




24 October, 2013

Cerita mak aku ....

Ini cerita memang bagus selepas aku balik daripada seminar Dr Azizan IJI 2013 kat PWTC . seminar tu dibuat 27/28/29 hb September ....30 hb aku sampai kat uma aku.Time tu aku takde apa nak beritahu kat mak aku. Dalam Minda aku ni beratus ratus biji idea. Maklumla baru lepas balik daripada seminar. mestila apa yang ada dalam otak aku ni adalah sesuatu mutiara dipadang pasir.tak ternilai harganya.

Time aku balik uma aku pun bercerita tentang Dr Azizan 

" mak sebenarnya Dr Azizan ada pesan sebelum balik seminar. Dia suruh anak anak muridnya mintak restu ibu bapa dulu sebelum nak bukak bisnes, sekarang ni abang nak tanya mak , mak restukan ke tidak bisnes abang ni ? "

Nak tahu tak apa jawapan mak aku ???

berapa ramai yang nak tahu ??? say hi ???

mak aku menjawab  " Mak tak kisah asal sahaja rezeki yang abang cari tu HALAL, mak izinkan tapi jangan pulak ambik yang haram, kalau macam tu abang nak, TERUSKAN mak takkan menghalang "

Fuhhh !!!!...Waktu aku tengok luahan hati mak aku apabila aku cakapkan ni mak aku hampir hampir menangis. Sampai aku sendiri pun rasa macam nak menangis. 

Iyelah aku faham mana ada seseorang ibu yang tak mahu anak anak mereka berjaya. Iyelah dalam adik beradik aku. Aku sorang jek yang dapat masuk universiti SEBAB TU aku berlagak. hei, dulu time aku kat melttec dulu AKU BEST STUDENT sekolah ke ape ...

KESSIAN ...RAMAI YANG TAK TAHU ....

tersentap ke baca blog aku .....

23 October, 2013

Cerita AZWAN BABA ....

Aku sebenarnya geram jugak dengan kawan aku ni. mamat sorang ni. Entah kenape plak aku terasa macam nak tulis jek sejarah hidup aku. Sorry, sejarah hidup aku bukan sejarah hidup orang lain. Iyelah sejarah jek hidup aku tapi cerita Azwan Baba. Aku pun tak tahu apa tengah jadik kat member aku sorang nih ...

nak tahu tak sebab apa aku nak tulis ??

berapa ramai yang ingin tahu .....sila angkat tangan ???

salah satu sebabnya ialah KEHIDUPAN DIA BERUBAH SEBAB AKU. Nak tahu cerita. Ceritanya bermula begini.

kisah bermula pada umur aku tingkatan 2 sebab time ni aku dah stat fikir masa depan apa yang aku mahukan. Aku melihat mamat ni (Azwan baba) ni ashyik sibuk jek dengan pompuan. pompuan sini pompuan sana. pompuan keliling pinggang. Aku pernah lontarkan nasihat pada mamat ni. nasihat aku berbunyi:-

" Eh, wan ko ni ashyik dengan pompuan jek, pelajaran ko macam mana ?? "

Tapi time ni time malang sebab dia tak hiraukan nasihat aku. Tapi takpe, ko nak teruskan dengan perangai poyo kau tu. nak dipendekkan cerita time tu aku starts fikir masa depan aku inilah masanya aku nak dapat markah tinggi dalam 3 subjek yang aku minat.... Mathematics, Science,dan Kemahiran Hidup. dalam sekolah 3 subjek ni jek yang aku minat. Aku kalau aku jumpa mana mana ujian dan peperiksaan 3 subjek ni jek aku TARGET aku pukul sampai dapat A. subjek lain aku nak lulus sahaja. 

time aku form 3 aku pun buat benda yang sama sampai lah peperiksaan PMR pon bermula.macam biasa 3 subjek mesti aku dapat A......Lepas jek RESULTS PMR keluar ....jeng jeng jeng .....aku dapat 3A dalam results PMR aku. Tapi time tu aku dapat rasakan hidup luar biasa apabila dapat puji pujian kawan sekeliling. kira ok lah jugak. Yang si Azwan Baba ni tadi bila dapat tahu jek results aku keluar tetiba jek nak rapat dengan aku. Memang kena maki hamun ler dengan aku. baca ayat maki hamun aku dibawah ...

" Itulah , ko tengok resluts PMR ko sekarang, dulu kan aku dah cakap, ko ni ashyik dengan pompuan jek, ko tengok diri ko , ko entah kemana , pompuan pon entah kemana, PADAN MUKA KAU DAPAT RESULTS TERUK "

Fuh, aku ingat kan dia tak terasa dengan dengan kata kata aku tu. Padahal dalam pada itu aku berniat  "mudah mudahan dia berubah". Sampailah pada tingkatan 4. Fuhhh, bestnye aku masuk kelas 4Alfa dan dak Azwan baba masuk kelas Akaun.Pada suatu hari tu dia mintak aku ajar dia Add Math. Nak tahu apa jadik nya .....lagi kena kutuk adelah .....

" kau ni nak belajar cari ler cikgu, kau ni belajar takde cikgu tau tak, itu pasal ler results kau teruk, lepas ni kau pandai pandai ler nak cari cikgu yang boleh ajar kau ".....

Fuhhh ,,,,kali ini betul betul kaw aku bagi dia ayat ....sampai dia boleh tak puas hati dengan aku,,,,,mampos lah kau. tapi walau macam mana pun dia pakai jugak nasihat aku. starts, daripada aku cakapkan tu aku tengok dia dah starts berubah sikit demi sedikit, dia carik cikgu, berkawan dengan orang pandai, dan macam macam lagi diluar bayangan aku.

lepas sebulan jek aku dalam kelas 4 Alfa tu aku pun pindah sekolah melttec ...sekolah teknik ....ambik benda yang aku minat .... tapi time aku kat melttec   berita Azwan baba sampai jugak kat aku ...aku dengar macam macam kejayaan yang dia buat..... tapi time ni dia tak tahu yang aku pun sebenarnya aku pun BEST STUDENT melttec dulu ...aku no 4 dalam ranking teknik. banyak lah jugak cerita tentang kejayaan dia kat seri mahkota....tak boleh BI lah ....ngorat liyana lah ....itula ...inilah.. ....Akhirnya Sampailah pada suatu hari peperiksaan SPM ....pon ...bermula ....


Lepas jek keputusan Spm keluar ......jeng jeng jeng .....aku pulak yang sakit hati dengan dia .....nak tahu sebab apa ???

berapa ramai yang nak tahu sebab apa ??? sila angkat tangan  ???

PASAL AKU DAPAT TAHU SPM DIA 8A ....SEDANGKAN SPM AKU 4A .....inilah kes nya dulu aku yang maki hamun dia ....tak SANGKA hanya dengan EMOSI DAN PERASAAN TERSENTUH manusia boleh berubah .... BERUBAH LUAR BIASA .....JANGAN MAIN MAIN TAU ....KATA KATA TOK GURU NI MASIN ....

KISAH BERSAMBUNG .......