Aku sebenarnya geram jugak dengan kawan aku ni. mamat sorang ni. Entah kenape plak aku terasa macam nak tulis jek sejarah hidup aku. Sorry, sejarah hidup aku bukan sejarah hidup orang lain. Iyelah sejarah jek hidup aku tapi cerita Azwan Baba. Aku pun tak tahu apa tengah jadik kat member aku sorang nih ...
nak tahu tak sebab apa aku nak tulis ??
berapa ramai yang ingin tahu .....sila angkat tangan ???
salah satu sebabnya ialah KEHIDUPAN DIA BERUBAH SEBAB AKU. Nak tahu cerita. Ceritanya bermula begini.
kisah bermula pada umur aku tingkatan 2 sebab time ni aku dah stat fikir masa depan apa yang aku mahukan. Aku melihat mamat ni (Azwan baba) ni ashyik sibuk jek dengan pompuan. pompuan sini pompuan sana. pompuan keliling pinggang. Aku pernah lontarkan nasihat pada mamat ni. nasihat aku berbunyi:-
" Eh, wan ko ni ashyik dengan pompuan jek, pelajaran ko macam mana ?? "
Tapi time ni time malang sebab dia tak hiraukan nasihat aku. Tapi takpe, ko nak teruskan dengan perangai poyo kau tu. nak dipendekkan cerita time tu aku starts fikir masa depan aku inilah masanya aku nak dapat markah tinggi dalam 3 subjek yang aku minat.... Mathematics, Science,dan Kemahiran Hidup. dalam sekolah 3 subjek ni jek yang aku minat. Aku kalau aku jumpa mana mana ujian dan peperiksaan 3 subjek ni jek aku TARGET aku pukul sampai dapat A. subjek lain aku nak lulus sahaja.
time aku form 3 aku pun buat benda yang sama sampai lah peperiksaan PMR pon bermula.macam biasa 3 subjek mesti aku dapat A......Lepas jek RESULTS PMR keluar ....jeng jeng jeng .....aku dapat 3A dalam results PMR aku. Tapi time tu aku dapat rasakan hidup luar biasa apabila dapat puji pujian kawan sekeliling. kira ok lah jugak. Yang si Azwan Baba ni tadi bila dapat tahu jek results aku keluar tetiba jek nak rapat dengan aku. Memang kena maki hamun ler dengan aku. baca ayat maki hamun aku dibawah ...
" Itulah , ko tengok resluts PMR ko sekarang, dulu kan aku dah cakap, ko ni ashyik dengan pompuan jek, ko tengok diri ko , ko entah kemana , pompuan pon entah kemana, PADAN MUKA KAU DAPAT RESULTS TERUK "
Fuh, aku ingat kan dia tak terasa dengan dengan kata kata aku tu. Padahal dalam pada itu aku berniat "mudah mudahan dia berubah". Sampailah pada tingkatan 4. Fuhhh, bestnye aku masuk kelas 4Alfa dan dak Azwan baba masuk kelas Akaun.Pada suatu hari tu dia mintak aku ajar dia Add Math. Nak tahu apa jadik nya .....lagi kena kutuk adelah .....
" kau ni nak belajar cari ler cikgu, kau ni belajar takde cikgu tau tak, itu pasal ler results kau teruk, lepas ni kau pandai pandai ler nak cari cikgu yang boleh ajar kau ".....
Fuhhh ,,,,kali ini betul betul kaw aku bagi dia ayat ....sampai dia boleh tak puas hati dengan aku,,,,,mampos lah kau. tapi walau macam mana pun dia pakai jugak nasihat aku. starts, daripada aku cakapkan tu aku tengok dia dah starts berubah sikit demi sedikit, dia carik cikgu, berkawan dengan orang pandai, dan macam macam lagi diluar bayangan aku.
lepas sebulan jek aku dalam kelas 4 Alfa tu aku pun pindah sekolah melttec ...sekolah teknik ....ambik benda yang aku minat .... tapi time aku kat melttec berita Azwan baba sampai jugak kat aku ...aku dengar macam macam kejayaan yang dia buat..... tapi time ni dia tak tahu yang aku pun sebenarnya aku pun BEST STUDENT melttec dulu ...aku no 4 dalam ranking teknik. banyak lah jugak cerita tentang kejayaan dia kat seri mahkota....tak boleh BI lah ....ngorat liyana lah ....itula ...inilah.. ....Akhirnya Sampailah pada suatu hari peperiksaan SPM ....pon ...bermula ....
Lepas jek keputusan Spm keluar ......jeng jeng jeng .....aku pulak yang sakit hati dengan dia .....nak tahu sebab apa ???
berapa ramai yang nak tahu sebab apa ??? sila angkat tangan ???
PASAL AKU DAPAT TAHU SPM DIA 8A ....SEDANGKAN SPM AKU 4A .....inilah kes nya dulu aku yang maki hamun dia ....tak SANGKA hanya dengan EMOSI DAN PERASAAN TERSENTUH manusia boleh berubah .... BERUBAH LUAR BIASA .....JANGAN MAIN MAIN TAU ....KATA KATA TOK GURU NI MASIN ....
KISAH BERSAMBUNG .......