Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

01 November, 2013

Cerita BEST STUDENT Sekolah

Selepas aku meninggalkan sekolah lama aku. aku masuk ke Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (melttec). Ramai orang cakap Smk Seri Mahkota sekolah bakul sampah. Tapi time aku kat sekolah tu aku bukan ditempatkan di kelas BANGANG. Aku ditempatkan di kelas 4Alfa. sebelum ni nama kelas dia 4 science 1.

Ha time aku kat sekolah teknik inilah aku stat popularkan diri aku.Bukan aku yang mintak. POPULAR itu yang datang sendiri. Time inilah aku belajar banyak perkara. Aku bercampur dengan pelbagai latar belakang manusia. Perangai orang kampung, perangai orang bandar, orang pantai timur, dan orang selatan. Mungkin inilah dilemma budak asrama. Sebab time aku kat Seri mahkota aku tak jumpa pulak situasi ini (berbagai komuniti ). Time aku kat Seri Mahkota aku hanya bergaul dengan orang kampung sahaja. 

Nak dijadikan cerita. Aku ditempatkan 4 pke 1 pada tahun 2006. Disinilah aku jumpa dengan orang yang aku tak kenal. Saje baru nak belajar bergaul dengan orang lain. Time kat seri mahkota tak pernah terfikir nak bergaul dengan orang lain. Tapi kat sini aku rasa sunyi berjauhan dengan mak bapak (maklumlah budak asrama ). jadi kemamau lah jawabnya.

Dalam ramai ramai budak kelas aku. aku tengok ada sorang budak pandai ni. memang pandai tapi aku tak kenal dengan mamat ni. OKeylah , kalau macam tu aku namakan dia Reza ( bukan nama sebenar ). Aku tengok cara dia berfikir tak sama dengan orang lain. Aku pun tirulah cara dia. Sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat. 

INFORMATION TENTANG REZA YANG AKU TAHU.....

Aku tengok reza ni ada makan madu lebah. aku pun ikut. 
reza ni pandai subjek matematik. aku pun ikut. buat buat tanya reza soalan mathematik. Reza ni pandai bergaul dengan orang ramai. aku pun ikut
Reza ni hisap rokok. TAPI YANG INI AKU TAK IKUT ....
Pokoknya apa sahaja tentang diri reza aku aplikasi ke dalam diri aku.

nak tahu tak apa yang terjadi kepada diri aku ??? setelah aku MODELLING cara dia ??

berapa ramai yang nak tahu ?? sila angkat tangan ???

berapa ramai yang nak tahu ??? say hi ???

Jawapan ; Keputusan aku dalam subjek add math dan math mendapat A1 sama macam keputusan reza. inilah hasil apabila kita meniru cara orang pandai. Aku ni takde apa yang sebenarnya. Apa yang aku buat hanyalah meniru dan aplikasikan pada diri aku sendiri. Akhirnya, aku dapat TITLE apa yang reza dapat. IAITU ......MENJADI BEST STUDENT SEKOLAH....

inilah rahsianya untuk jadik budak pandai. Betul sebelum ni aku berlagak. memang ler dah namanya BEST STUDENT sekolah.Time aku dapat title ni macam macam KELEBIHAN SEKOLAH aku dapat. orang sanjung sanjung aku. Disinilah aku belajar apa itu RIAK. apa itu TAKBUR. dalam ranking teknik aku dapat no4. reza no3 , no2 che saiful haris dan hannan no1. ini sahaja ranking teknik zaman kegemilangan aku. yang aku berani tulis.

Aku sepatutnya rahsiakan perkara ini. Tetapi aku rasa berdosa sebab aku tak SHARE ilmu aku. Dulu time sekolah dulu aku FOCUS hanyalah mengumpul ilmu dan bagaimana nak berjaya. Tapi aku tak pernah SHARE apa yang aku tahu. SIAPA YANG PERNAH RAPAT DENGAN AKU TAHU LAH APA PERANGAI AKU ....

KISAH BERSAMBUNG ......