Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

31 December, 2012

reframing : the power of perspective .....

kalau dalam ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming ) kau akan belajar apa itu NLP dan banyak lagi cabang ilmu NLP ini ...... aku suka cabang ilmu NLP yang ini iaitu REFRAMING .....kalau ko nak tahu inilah bagaimana aku PECAHKAN KEBANYAKAN EGO MANUSIA ..... kalau nak diikutkan aku nak apa lagi apa yang aku nak aku dah dapat dah  sejak aku keje kat asam pedas ni ..... ko nak tahu apa yang aku tanam matlamat aku ...... kalau nak diikutkan aku mempunyai 3 matlamat itu

step 1 - aku nak pecahkan EGO abang yus .....
step 2 - aku nak pecahkan EGO pak din....
step 3 - aku nak pecahkan EGO aziz .....

step pertama ni aku kadang kadang geram jugak dengan dia ..... bukan pasal apa pon setiap kali dia suka nak menang dalam cakap .... biaselah gerek ..... bukan ada ASET YANG BERNILAI PON yang ada pada dia ... yang aku tahu cuma dia ni tumpang senang jek daripada hasil usaha orang lain .... tapi aku dah dapat pon kalahkan dia .... aku tak berniat nak menang ....dia selalu suka bercakap tentang pasal agama ..... kalau ilmu agama EXTREME pon tapi PERANGAI TAK UBAH pon tak guna jugak ..... SEDANGKAN IMLU AGAMA ISLAM TENGOK PADA PERANGAI BUKAN PADA ILMU TINGGI ..... cuba ko fikir berbaik ..... kenapa islam itu bersifat practical ....maknenye bukankah islam itu memandang pada SIKAP MANUSIA BUKAN PADA ILMU .... dia ade cakap pasal agama pasal kalau nyanyi lagu boleh hujan .....dia nak berdebat jugak ngan aku pasal dia nak menang .....aku cakap kan ayat ni " IYELAH SETIAP MANUSIA APABILA DIA BERCAKAP DIA MESTI IKUT SUDUT PANDANG SENDIRI " .... pastu terus dia senyap ..... yes, aku dah berjaya ....tapi orang macam ni yang aku tak puas hati bukan pasal aku menang ....aku tak puas hati pasal dia sentiasa CARI IDEA nak menang....macam macam yang aku dengar SIFIR LA ....DIA KEJE BAGUS LA .....HEBAT LA .....sampai satu peringkat yang aku tak boleh terima dia ada cakap pada aku ayat sial ni " WEI , TAHIR KALAU MENGAMUK PON TAK PAYAH NAK BALING BENDA , KALAU TAK BOLEH TAK PAYAH , AKU LEBIH HEBAT DARIPADA KAU " aku bukan tak boleh lawan aku ada ayat nak counter attack balik " alah pak din yang usahawan yang berjaya pon tak pernah nak mengaku hebat depan aku ko nak mengaku ko hebat ko sape ???.." tapi ayat ni tak aku keluarkan sebab aku dah tahu perangai dia .....walau macam mane sekalipun dia akan cari jalan nak menang jugak ,,,,, ko pepaham jek la perangai dia kan ...... aku mengambil keputusan aku tak tegur dia sampai sekarang .....mampos same kau lah ..... abes kau nak pakai pakaian ego kau ....lepas ni terima lah hakikat .....kalau ko nak kuali ke , apa ke BASUH SENDIRI ....EH, APA PLAK BETOL LE DIE CAKAP DIA LEBIH HEBAT DARIPADA AKU ....BASUH SENDIRI LE KALAU KO NAK KUALI ....AKU NI TAK HEBAT KO TU YANG HEBAT ....aku melihat DATO' DR FADZILAH KAMSAH PON TAK PERNAH NAK MENGAKU HEBAT, begitu juga dengan USTAZ AZHAR IDRUS  ..... betol la orang yang ilmu tinggi ni sentiasa mengikut resmi padi semakin berisi semakin menunduk kebawah .....yang banyak bising ni cuma tin kosong jek cuba ko tngok tin kosong apa nilai nya tin kosong mane boley pakai orang buang jek .......

step kedua  ni payah sikit , woi woi nak pecahkan ego orang tua ni ,silap haribulan ngan aku aku sekali kena sapu . tapi tak begitu , nak tahu bagai mana aku pecahkan .....caranya ialah aku nak buat dia ketawa ....senang jek aku buat lawak bodoh kali pertama aku buat lawak yang si basir ngan abang yus ni dua dua ketawa sebab aku .....tapi orang tua ni tak ketawa ...... akau pelik ....ooo ko ego lagi ea ko nanti ko ....aku buat lagi sekali pada masa yang sesuai .....yes, orang tua ni ketawa pon , tapi aku pelik , nak tahu apa yang peliknya , sebab dia sorang jek yang ketawa , yang lain tak ketawa . selepas hari demi hari aku dapat satu kesimpulan rupa rupanya BARU AKU SEDAR CARA ORANG TUA NI BERFIKIR ADALAH CARA BERFIKIR SEORANG USAHAWAN. selepas itu aku nak berbual ngan dia aku terpaksa tukar cara aku sebagai usahawan .....aku teringat kata kata PHILIP KOTLER seorang ahli merketing amerika dalam seminar dia ada cakap ini ayat dia :-

" kalau kita tak berfikir sebagai usahawan, makan dengan usahawan , tidur baring dengan usahawan, bergaul dengan usahawan , berkawan dengan usahawan , maka jiwa USAHAWAN TAKKAN HIDUP DALAM DIRI KITA , hanya usahawan yang akan paham pola pemikiran usahawan lain "

baru aku sedar sebenarnya jiwa usahawan ada dalam diri aku sebab itulah aku boleh paham pendirian pak din macam mane ..... kalau aku lihat tindak tanduk nye adalah usahawan tulen, memang tak boleh nak tipu, sebab kali pertama aku jumpa dia aku tukar CARA AKU BERFIKIR SEBAGAI USAHAWAN ,,,,,, baru boleh sama sama memahami antara satu sama lain . iyelah takkan aku nak ikut cara berfikir makan gaji seperti pekerja pekerja yang lain yang susah nak paham pendirian orang tua ni. sebab itulah dia cakap kat semua anak anak dia ngan bini dia sekali " KORANG NI SEMUA BODOH LAH " apa yang pak din cakap kan tu bukan sebab doiwang sume betul betul bodoh cuma dia meluahkan tak puas hatinya kat anak bini dia TAKDE SATU ORANG PON ANAK DIA YANG MENGUASAI ASET YANG BERNILAI DALAM DIRI PAK DIN NI  ..... apabila aku melihat diri dia aku melihat diri aku baru aku sedar KENAPA AKU DALAM ANAK KE 6 DALAM 7 ORANG ADIK BERADIK aku sentiasa berlainan pandapat terhadap adik beradik aku sendiri ..... misalnya , diowang cakap keje kerajaan bagus ,tapi aku yang cakap tak bagus , cuba kornag fikir balik , kalau aku keje kerajaan macam mane aku nak belajar apa itu bisnes , cuba korang fikir balik , korang keje kat mane , keje kilang adalah bisnes , ko keje hotel adalah bisnes , ko keje shopping mall pon bisnes , cuma keje kerajaan jek yang bukan bisnes ,,,,,itulah kali pertama aku jumpa dia dia bagi aku THE POWER OF SCANNING .....kali kedua aku jumpa dia, dia bagi tahu aku TENTANG FORMULA SEMUT .....

pasal aziz ni nanti aku cerita akan datang ,,,,,,,,,,,KISAH BERSAMBUNG ...AKU DAH NGANTOK....