Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

27 April, 2014

idea pokok

kekuatan pokok bergantung pada akarnya

kekuatan AKAR POKOK bergantung pada apa yang kita BAJA DAN SIRAM

adalah menjadi sesuatau panduan dalam hidup saya....saya belajar subjek bisnes daripada sebatang pokok. apa apa bisnes yang HALAL adalah bisnes yang mengikut HUKUM ALAM.

HUKUM ALAM bukan tipu. yang selalu menipu adalah manusia. sebab manusia banyak kelemahan.

bayangkan sebuah kekuatan BISNES (pokok ) bergantung pada pekerjanya (akar) kekuatan pekerja bergantung apa yang BERI pada pekerja kita (baja dan siram )

konsep hukum alam adalan sama dengan konsep pembinaan bisnes. konsep nya sama macam konsep kehidupan. inilah yang membuatkan kadang kadang kita terlepas pandang. Mereka nampak nilai yang ada pada duit tetapi mereka tak nampak nilai yang ada dalam kehidupan. Hakikat kekayaan yang sebenar adalah hakikat yang ada dalam kehidupan ..itulah hakikat yang kekal. sebenarnya apabila kita bukak bisnes bukak kedai ke bukak kiosk ke sebenarnya bisnes itu tak penting yang penting adalan apa yang kita semai DIDALAM MINDA CUSTOMER itulah yang penting yang sebenarnya. sudut pandang diri sendiri sebenarnya mempunyai kelemahan. 

perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama akan tetapi jika kita tak memulakan langkah kita tak AKAN BERMULA. tak bermula bermakna TAKDE HASIL. setiap hasil bergantung pada punca tetapi punca tak bergantung pada hasil. inilah HUKUM ALAM yang tak boleh disalahertikan.

kenapa saya mahu bukak bisnes ???


1- saya mahu ubah hidup keluarga saya.maklumla saya bukan berasal daripada keluarga yang ada ada. saya berasal daripada keluarga yang takde takde. inilah sebab saya mahu mereka semua jadik usahawan. mak saya belum pergi haji/umrah lagi. dan saya dalam pembinaan duit saya untuk hantar mereka semua pergi haji/umrah inilah yang saya mahu. TEKANAN keluarga saya yang menyebabkan saya jadik begini. BANTU KELUARGA SUPAYA JADIK USAHAWAN.


2 - bantu kawan aku yang makan gaji yang tak PUAS HATI dengan gaji mereka setiap bulan. saya tak suka melihat kawan saya jadi KULI SAMPAI MAMPOS. mereka sepatutnya diberi peluang ....PELUANG UNTUK PECAT BOS MEREKA SENDIRI. saya ajar mereka supaya MEREKA JADIK BOS.

3 - saya selalu melihat bangsa saya takde duit. kebanyakan orang melayu ni mereka yang makan gaji dibawah RM3000 sebulan. dengan harga barang yang naik MEREKA SELALU JADIK MANGSA keadaan. belum tiba 15 hari bulan poket dah pokai dalam bank pun pokai jugak. inilah yang saya katakan MANGSA KEADAAN. sebab mereka tak pernah terfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka ....