Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

01 November, 2013

Cerita BEST STUDENT Sekolah

Selepas aku meninggalkan sekolah lama aku. aku masuk ke Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah (melttec). Ramai orang cakap Smk Seri Mahkota sekolah bakul sampah. Tapi time aku kat sekolah tu aku bukan ditempatkan di kelas BANGANG. Aku ditempatkan di kelas 4Alfa. sebelum ni nama kelas dia 4 science 1.

Ha time aku kat sekolah teknik inilah aku stat popularkan diri aku.Bukan aku yang mintak. POPULAR itu yang datang sendiri. Time inilah aku belajar banyak perkara. Aku bercampur dengan pelbagai latar belakang manusia. Perangai orang kampung, perangai orang bandar, orang pantai timur, dan orang selatan. Mungkin inilah dilemma budak asrama. Sebab time aku kat Seri mahkota aku tak jumpa pulak situasi ini (berbagai komuniti ). Time aku kat Seri Mahkota aku hanya bergaul dengan orang kampung sahaja. 

Nak dijadikan cerita. Aku ditempatkan 4 pke 1 pada tahun 2006. Disinilah aku jumpa dengan orang yang aku tak kenal. Saje baru nak belajar bergaul dengan orang lain. Time kat seri mahkota tak pernah terfikir nak bergaul dengan orang lain. Tapi kat sini aku rasa sunyi berjauhan dengan mak bapak (maklumlah budak asrama ). jadi kemamau lah jawabnya.

Dalam ramai ramai budak kelas aku. aku tengok ada sorang budak pandai ni. memang pandai tapi aku tak kenal dengan mamat ni. OKeylah , kalau macam tu aku namakan dia Reza ( bukan nama sebenar ). Aku tengok cara dia berfikir tak sama dengan orang lain. Aku pun tirulah cara dia. Sebab aku ni tak berapa nak pandai sangat. 

INFORMATION TENTANG REZA YANG AKU TAHU.....

Aku tengok reza ni ada makan madu lebah. aku pun ikut. 
reza ni pandai subjek matematik. aku pun ikut. buat buat tanya reza soalan mathematik. Reza ni pandai bergaul dengan orang ramai. aku pun ikut
Reza ni hisap rokok. TAPI YANG INI AKU TAK IKUT ....
Pokoknya apa sahaja tentang diri reza aku aplikasi ke dalam diri aku.

nak tahu tak apa yang terjadi kepada diri aku ??? setelah aku MODELLING cara dia ??

berapa ramai yang nak tahu ?? sila angkat tangan ???

berapa ramai yang nak tahu ??? say hi ???

Jawapan ; Keputusan aku dalam subjek add math dan math mendapat A1 sama macam keputusan reza. inilah hasil apabila kita meniru cara orang pandai. Aku ni takde apa yang sebenarnya. Apa yang aku buat hanyalah meniru dan aplikasikan pada diri aku sendiri. Akhirnya, aku dapat TITLE apa yang reza dapat. IAITU ......MENJADI BEST STUDENT SEKOLAH....

inilah rahsianya untuk jadik budak pandai. Betul sebelum ni aku berlagak. memang ler dah namanya BEST STUDENT sekolah.Time aku dapat title ni macam macam KELEBIHAN SEKOLAH aku dapat. orang sanjung sanjung aku. Disinilah aku belajar apa itu RIAK. apa itu TAKBUR. dalam ranking teknik aku dapat no4. reza no3 , no2 che saiful haris dan hannan no1. ini sahaja ranking teknik zaman kegemilangan aku. yang aku berani tulis.

Aku sepatutnya rahsiakan perkara ini. Tetapi aku rasa berdosa sebab aku tak SHARE ilmu aku. Dulu time sekolah dulu aku FOCUS hanyalah mengumpul ilmu dan bagaimana nak berjaya. Tapi aku tak pernah SHARE apa yang aku tahu. SIAPA YANG PERNAH RAPAT DENGAN AKU TAHU LAH APA PERANGAI AKU ....

KISAH BERSAMBUNG ......




24 October, 2013

Cerita mak aku ....

Ini cerita memang bagus selepas aku balik daripada seminar Dr Azizan IJI 2013 kat PWTC . seminar tu dibuat 27/28/29 hb September ....30 hb aku sampai kat uma aku.Time tu aku takde apa nak beritahu kat mak aku. Dalam Minda aku ni beratus ratus biji idea. Maklumla baru lepas balik daripada seminar. mestila apa yang ada dalam otak aku ni adalah sesuatu mutiara dipadang pasir.tak ternilai harganya.

Time aku balik uma aku pun bercerita tentang Dr Azizan 

" mak sebenarnya Dr Azizan ada pesan sebelum balik seminar. Dia suruh anak anak muridnya mintak restu ibu bapa dulu sebelum nak bukak bisnes, sekarang ni abang nak tanya mak , mak restukan ke tidak bisnes abang ni ? "

Nak tahu tak apa jawapan mak aku ???

berapa ramai yang nak tahu ??? say hi ???

mak aku menjawab  " Mak tak kisah asal sahaja rezeki yang abang cari tu HALAL, mak izinkan tapi jangan pulak ambik yang haram, kalau macam tu abang nak, TERUSKAN mak takkan menghalang "

Fuhhh !!!!...Waktu aku tengok luahan hati mak aku apabila aku cakapkan ni mak aku hampir hampir menangis. Sampai aku sendiri pun rasa macam nak menangis. 

Iyelah aku faham mana ada seseorang ibu yang tak mahu anak anak mereka berjaya. Iyelah dalam adik beradik aku. Aku sorang jek yang dapat masuk universiti SEBAB TU aku berlagak. hei, dulu time aku kat melttec dulu AKU BEST STUDENT sekolah ke ape ...

KESSIAN ...RAMAI YANG TAK TAHU ....

tersentap ke baca blog aku .....

23 October, 2013

Cerita AZWAN BABA ....

Aku sebenarnya geram jugak dengan kawan aku ni. mamat sorang ni. Entah kenape plak aku terasa macam nak tulis jek sejarah hidup aku. Sorry, sejarah hidup aku bukan sejarah hidup orang lain. Iyelah sejarah jek hidup aku tapi cerita Azwan Baba. Aku pun tak tahu apa tengah jadik kat member aku sorang nih ...

nak tahu tak sebab apa aku nak tulis ??

berapa ramai yang ingin tahu .....sila angkat tangan ???

salah satu sebabnya ialah KEHIDUPAN DIA BERUBAH SEBAB AKU. Nak tahu cerita. Ceritanya bermula begini.

kisah bermula pada umur aku tingkatan 2 sebab time ni aku dah stat fikir masa depan apa yang aku mahukan. Aku melihat mamat ni (Azwan baba) ni ashyik sibuk jek dengan pompuan. pompuan sini pompuan sana. pompuan keliling pinggang. Aku pernah lontarkan nasihat pada mamat ni. nasihat aku berbunyi:-

" Eh, wan ko ni ashyik dengan pompuan jek, pelajaran ko macam mana ?? "

Tapi time ni time malang sebab dia tak hiraukan nasihat aku. Tapi takpe, ko nak teruskan dengan perangai poyo kau tu. nak dipendekkan cerita time tu aku starts fikir masa depan aku inilah masanya aku nak dapat markah tinggi dalam 3 subjek yang aku minat.... Mathematics, Science,dan Kemahiran Hidup. dalam sekolah 3 subjek ni jek yang aku minat. Aku kalau aku jumpa mana mana ujian dan peperiksaan 3 subjek ni jek aku TARGET aku pukul sampai dapat A. subjek lain aku nak lulus sahaja. 

time aku form 3 aku pun buat benda yang sama sampai lah peperiksaan PMR pon bermula.macam biasa 3 subjek mesti aku dapat A......Lepas jek RESULTS PMR keluar ....jeng jeng jeng .....aku dapat 3A dalam results PMR aku. Tapi time tu aku dapat rasakan hidup luar biasa apabila dapat puji pujian kawan sekeliling. kira ok lah jugak. Yang si Azwan Baba ni tadi bila dapat tahu jek results aku keluar tetiba jek nak rapat dengan aku. Memang kena maki hamun ler dengan aku. baca ayat maki hamun aku dibawah ...

" Itulah , ko tengok resluts PMR ko sekarang, dulu kan aku dah cakap, ko ni ashyik dengan pompuan jek, ko tengok diri ko , ko entah kemana , pompuan pon entah kemana, PADAN MUKA KAU DAPAT RESULTS TERUK "

Fuh, aku ingat kan dia tak terasa dengan dengan kata kata aku tu. Padahal dalam pada itu aku berniat  "mudah mudahan dia berubah". Sampailah pada tingkatan 4. Fuhhh, bestnye aku masuk kelas 4Alfa dan dak Azwan baba masuk kelas Akaun.Pada suatu hari tu dia mintak aku ajar dia Add Math. Nak tahu apa jadik nya .....lagi kena kutuk adelah .....

" kau ni nak belajar cari ler cikgu, kau ni belajar takde cikgu tau tak, itu pasal ler results kau teruk, lepas ni kau pandai pandai ler nak cari cikgu yang boleh ajar kau ".....

Fuhhh ,,,,kali ini betul betul kaw aku bagi dia ayat ....sampai dia boleh tak puas hati dengan aku,,,,,mampos lah kau. tapi walau macam mana pun dia pakai jugak nasihat aku. starts, daripada aku cakapkan tu aku tengok dia dah starts berubah sikit demi sedikit, dia carik cikgu, berkawan dengan orang pandai, dan macam macam lagi diluar bayangan aku.

lepas sebulan jek aku dalam kelas 4 Alfa tu aku pun pindah sekolah melttec ...sekolah teknik ....ambik benda yang aku minat .... tapi time aku kat melttec   berita Azwan baba sampai jugak kat aku ...aku dengar macam macam kejayaan yang dia buat..... tapi time ni dia tak tahu yang aku pun sebenarnya aku pun BEST STUDENT melttec dulu ...aku no 4 dalam ranking teknik. banyak lah jugak cerita tentang kejayaan dia kat seri mahkota....tak boleh BI lah ....ngorat liyana lah ....itula ...inilah.. ....Akhirnya Sampailah pada suatu hari peperiksaan SPM ....pon ...bermula ....


Lepas jek keputusan Spm keluar ......jeng jeng jeng .....aku pulak yang sakit hati dengan dia .....nak tahu sebab apa ???

berapa ramai yang nak tahu sebab apa ??? sila angkat tangan  ???

PASAL AKU DAPAT TAHU SPM DIA 8A ....SEDANGKAN SPM AKU 4A .....inilah kes nya dulu aku yang maki hamun dia ....tak SANGKA hanya dengan EMOSI DAN PERASAAN TERSENTUH manusia boleh berubah .... BERUBAH LUAR BIASA .....JANGAN MAIN MAIN TAU ....KATA KATA TOK GURU NI MASIN ....

KISAH BERSAMBUNG .......






21 October, 2013

Kenapa Aku BENCI dengan orang tua KASSIM ....

ini cerita dulu dulu ler time aku kerja pakson dulu. sebelum ni aku dah pergi macam macam seminar. aku baca buku demi buku, Aku bergaul dengan para jutawan, Sebab kalau nak diikutkan macam mana aku boleh termasuk kerja pakson. 

Nak tahu tak ? 

Berapa ramai yang ingin tahu sila angkat tangan ???

Memalui kak zaleka isteri abang Fadzli. Tapi time first time aku kerja ini time tu abang Fadzli dan kak zaleka masih lagi bertunang. Inilah zamam aku takde halatuju hidup,kejap kerja sana, kejap kerja sini, sampailah pada suatu hari ada sorang mamat ni beritahu aku yang kat brand Novelle ada kerja kosong. Nak dijadikan cerita AntiAmy ni tipu gaji aku dia janji dia nak bayar RM4 sejam, tapi bila keluar jek payslip gaji aku RM3.50 sejam ...TAK KE PUKKIMAK NAMANYA .....

Lepas jek aku tension pasal brand novelle aku pindah brand lain. tapi time aku kerja novelle ni aku baru analysis sikit sikit jek pasal orang tua kassim ni. Tak nampak perangai dia yang macam sial tu. Aku pun tukar brand. Aku masuk brand akemi. Fuh best giller syioot, padahal aku kerja part time jek tapi dapat melancong. pergi sini sana SEBAB AKU NI BUKAN KATAK BAWAH TEMPURUNG PUNYA ORANG. 

starts daripada aku kerja company akemi inilah aku starts MODELLING perangai orang tua kassim yang bodoh ni. Mula mula ok tapi biler dah lama lama macam sial plak perangai dia. perangai macam budak 5 tahun. 

Ha .... ha .... ha .....nak tahu apa aku buat permulaan kepada macam mana aku SABOTAJ KASSIM. ialah ......banyak benda sebenarnya yang aku buat Kadang kadang buat buat datang lambat. buat buat tak dengar cakap dia. Buat customer lari. cerita tipu pada kassim. Banyaklah benda yang aku buat. Sampai SALE PUN JATUH ....suka aku dengar....tak tahu kerja siapa kan. Inilah kerja aku sebab aku nak sabotaj orang tua kassim yang tak sedar diri ini .Sebelum ni aku pernah kerja renoma. Cina tu cabar aku suruh aku pukul sale sampai RM2000 sehari. Disinilah aku rasa BERKUASA SANGAT ....

Tapi time aku kerja brand akemi aku tak pukul sale banyak banyak . pukul sikit sikit jek. SEBAB KALAU AKU PUKUL SALE BANYAK BANYAK KASSIM BUKAN BERI AKU HADIAH PON. Sebab itulah aku sabotaj. 

Dalam aku melihat, merenung orang di sekeliling aku. aku tengok diowang angguk jek apa yang orang tua kassim tu cakap. IYELAH ANGGUK SEBAB TERPAKSA. sebab apa sebab GAJI. mereka semua bekerja bukan sebab ikhlas . mereka semua bekerja dalam keadaan TAK IKHLAS. macam mana nak ikhlas KALAU PERANGAI KASSIM TU YANG MACAM SIAL. tak payah ikhlas pon takpe. selagi KASSIM TU BELUM MAMPOS , selagi itulah pekerja pakson itu silih berganti. SEBODOH BODOH TUPAI MELOMPAT BODOH LAGI KASSIM KENA SABOTAJ DENGAN AKU. 

nak tahu tak apa SEBAB aku VIOLENT giler dengan KASSIM BANGANG NI  sampai nak tulis blog pulak ni ??

berapa ramai yang ingin tahu , SILA ANGKAT TANGAN ???

Sebabnya ialah dia ada bagi ayat JAMPI ...supaya aku berhenti kerja ayat jampinya berbunyi :-

" ini mana tempat awak ni, pergi balik tempat awak . KALAU TAK SUKA KERJA, LETAK JAWATAN " . Fuh,,, bagai dihiris dengan sembilu. inilah jampi keramat yang menyebabkan aku berhenti kerja tanpa sign. IBARAT AKU YANG BUANG KERJA PAKSON. Giler kau bukan aku yang kena BUANG....AKU YANG BUANG PAKSON ... jangan salah anggp ea......

sepatutnya aku beri dia JAWAPAN BEGINI :-

" Terima kasih ORANG TUA KASSIM , kalau kau tak jampi aku , memang kompom aku takut nak berhenti " 

Tapi ayat ni aku tak keluarkan sebab AKU TAKUT CAWAN DEPAN MATA AKU NI MELAYANG KAT KEPALA DIA ....kalau nasib baik MASUK ICU kalau nasib tak baik MASUK KUBUR......Relaks TAHIR SABAR SABAR.....tarik nafas kejap......

Nak tahu tak sebab apa aku berani tulis benda ini TANPA RASA TAKUT ???

Sebab 1 = Aku pernah jadik BEST student sekolah
Sebab 2 = Aku pernah masuk UNIVERSITI 

tetapi 2 sebab ni AKU RAHSIAKAN sebelum aku masuk KERJA PAKSON. sebab itulah takde orang pakson yang perasan SIAPA AKU SEBENARNYA . Giler kau takkan BEST student sekolah nak dengar cakap BEST manager pakson. 

Datuk ameer ali bin Mydin pernah berkata pada sidang media semasa MERAIKAN KEJAYAAN PERNIAGAAN MYDIN :-

" SEMUA ORANG BOLEH JADIK PENNGURUS TETAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADIK PEMIMPIN "

mana aku tak sakit hari .....time Dato Ameer cakap tu kena kat muka aku ...memang ler ....tapi ini cerita lain ...time aku kerja mydin .....

berbalik balik pada drama kassim .....tadi ....

pasal aku tahu ler segala kesilapan dia ....orang yang tak layak duduk di atas macam inilah jawabnye ...

kata kata STEPHEN COVEY :-

" organisasi bukanlah mesin tetapi organisasi ialah ORGANISMA HIDUP DAN BERKEMBANG ....."

korang tak terasa ke KASSIM BUAT KORANG MACAM MESIN .....

KORANG TAK terasa ke KASSIM BUAT korang macam kuli .....

tepuk dada tanya MATLAMAT ....

ha ,,,,INI RAHSIA tetapi aku beri bonus sebab buat tatapan korang semua ...



101 SEBAB KENAPA SAYA BENCI KASSIM ....

1- Pemikiran sempit

2- Menganggap PEKERJA seperti MESIN

3- MANAGER tetapi mentaliti FOLLOWER

4- Menindas pekerja bawah untuk naik pangkat

5- Nak sale tinggi dengan CARA MEMAKSA PEKERJA

6- Sale JATUH JEK jadik kelam kabut

7- tak pernah jadik best student sekolah

8- PENGKHIANAT BANGSA AKU SENDIRI

9- golongan SAMPAH Masyarakat yang tersembunyi

10-Tak belajar KESILAPAN DIRI SENDIRI tetapi belajar KESILAPAN ORANG LAIN 


Dah lah tu 10 sebab jek ....nak catat tak muat .....kat rumah aku berlambak tulisan aku ...
bersambung KISAH YANG AKAN DATANG ....


prepared by 

Jejaka Tahir
Penceramah Kontroversi
Graduan Program IJI 2013 Dr Azizan Osman.....



20 October, 2013

macam mane nak cari BOM INCOME ???

15 idea sneak income .....
apa maksud SNEAK INCOME ....???

sneak income bermaksud kita melakukan kerja HANYA SEKALI tetapi INCOME YANG DATANG ITU BERKALI KALI .....anda bukan menuju ke planet MUSYTARI TETAPI ANDA SEDANG MENUJU KE PLANET PLUTO....kunci INCOME TANPA HAD.....


1-  Kerja jualan secara sambilan
2-  Menulis
3-  Kerja kerja perundingan
4-  Berceramah
5-  Internet
6-  Persindiketan
7-  Pemasaran-advertising,maklumat
8-  Licensing
9-  Menyewakan hartanah
10-Agent insurans,investor,saham
11- Penulis e-book
12-Penasihat pemasaran (buku,e-book,CD)
13-Pemasaran Ramkaian (MLM)
14-jurugambar
15-Pemilik perniagaan -franchise,pengurus

PERNIAGAAN YANG BERKUASA DI MASA HADAPAN 

-MLM - Produk kesihatan
-Telekomunikasi
-Komputer
-e-dagang
-Franchise
-Pendidikan

Pak Kyai memberitahu 4 Sungai Perniagaan yang takkan surut

- Perniagaan Makanan
- Perniagaan Kesihatan &ubat ubatan
- Perniagaan Pakaian
- Perniagaan Pendidikan

Dato Dr Hj Mohd Fadzilah kamsah pernah berkata tentang keperluan MANUSIA yang sentiasa ada permintaan - bagus kalau ada perniagaan yang sentiasa ada permintaan

- Tempat tinggal
- keselamatan
- pengangkutan
- Rekreasi
- Hiburan
- Hiasan
- Barangan Mewah

3 Pelengkap kehidupan

- menanam pokok
- Menulis buku
- memiliki anak 

PRINSIP HIDUP

- Riches cannot always be measured in money
- Jujur boleh tapi lurus tak boleh
- Sombong tapi bukan untuk meninggi diri
- Lebih baik cari manusia yang memerlukan sahaja
- FOCUS kepada membantu orang lain







10 October, 2013

MENGAPA SAYA MENANGIS .....


entah ler... bukan sebab apa pun adalah disebabkan aku sehdiri pun tak tahu apa yang harus aku lakukan .....3 hari aku consultation kan orang lain ....baru aku tahu macam mana perjalanan hidup sebagai seorang speaker ....kalau aku tak cuba aku tak tahu .....daripada aku menbuang masa melayan biawak tepi jalan tu lebih baik ....aku buat benda yang bermanfaat ....

daripada dulu aku sebenarnya ....  aku memang berminat nak menjadi seorang penceramah bebas ....idola aku Fadzilah kamsah .....tapi aku tak jadik macam dia pun ...aku nak jadik usahawan ....kadang kadang aku seriang dapat nasihat daripada mereka yang tak layak ....ada jugak mereka yang beritahu aku macam macam ....bila aku tak buat mereka kutuk aku cerita belakang tabir.....

cerita berbentuk begini .....

 " wah jadik jugak ek , PRIVATE CONSULTATION KO "
 aku jawab " mestilah , sebab aku betul betul berminat '
 " ko rasa macam mana, aku rasa ko tak patut buat, sebab ko tak ada bakat "
 " apsal pulak , suka hati aku ler , benda yang aku suka "
" aku rasa ko ni kena, hentikan jangan beri cas sampai RM500 , banyak tu , nanti orang tak mampu "

" aku nak tanya satu soalan,???"
" apa dia "
" ko pernah tak jadik consultant, beri nasihat pada orang dan pernah tak kau bukak seminar "
" dua dua tak pernah "

lepas tu aku angkat kaki dan terus bla .....aku malas nak hadap orang BANGANG MACAM NI ....kalau ko nak komplen aku ...kau dah jadik consultant takpe lah jugak ....ini kau sendiri pun tak pernah jadik macam aku ...aku ni dah ada penasihat aku sendiri ....


nak tahu siapa penasihat aku ....

mereka yang dah bergelar jutawan ....mereka ni semua adalah bekas orang orang yang dah berjaya setelah pergi seminar Dr Azizan ....

08 October, 2013

Elmu FREE..... Dr Azizan yang aku kumpulkan

sebelum aku pergi seminar yang berbayar ....inilah yang aku kumpulkan semasa aku pergi seminar yang free ...sepanjang tahun ...apa kata kata dia aku catit ......itu pasal ler aku dapat yang sebegini rupa ...



- Impian yang besar menghasilkan tindakan yang besar

- saya pun tak tahu berapa harga minyak daripada berharap diberi makan oleh orang lain lebih baik bina ekonomi diri sendiri ....

- ekonomi jatuh bagus berniaga sebab perniagaan yang wujud adalah untuk menyelesaikan masalah

- 98% manusia tidak menulis matlamat ....saya akan kawan dengan orang cina dia plan 30 tahun akan datang untuk anak anak mereka belajar oversea 

- musuh no 1 ada dalam diri sendiri 

- hooked pelanggan baru dapat results

- bisnes itu diuruskan oleh manusia mesti cari elmu tentang manusia dulu

- hasil akan jadi apabila kita buat 

- apa sebab buat bisnes ....salah satu sebabnya ialah sebab tiada pilihan

- kekayaan bermula daripada pemikiran manusia 

- wanita golongan suka bertukar tukar fesyen

- kita dalam keadaan kritikal sekarang ni ...sebab kuasa besar ekonomi bukan US tetapi China sebab China beri hutang pasa US

- peduli apa bukan mereka beri aku makan ....

- rezeki datang daripada pemberian perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan

- kejatuhan bangsa akibat kita tak menguasai ekonomi

- sales - pergi tanya orang 
marketing- orang tanya kita

- inflasi berkembang - sistem duit makin susut

- Usaha ,sabar, Doa

- Turning point

- KALAU KO BISNES KAU NAK KAYA ....KAU TAKKAN KAYA ...

- kalau dah buat bisnes tak jadik lepas tu salah kan pulak orang lain ...ini adalah ciri ciri USAHAWAN GAGAL .

- orang yang berjaya tak duduk di pulau alasan ....