Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

08 October, 2015

buat bisnes tapi LINGKUP ....KENAPA ???

Kalau nak naikkan bisnes kena ada satu kunci. kalau kita tak jaga satu kunci tu kompom bisnes itu melingkup.

kau nak tahu tak kunci itu apa ???

kunci itu ialah ..... ilmu MARKETING.

kalau nak buat marketing kena ada network yang besar. kalau nak buat network kena ada hubungan.nak buat hubungan kena ada LAW OF ATTRACTION. sebenarnya apa apa bisnes sekalipun bergantung pada siapa yang menguruskannya.

Pokok pangkalnya ialah yang bernilai dalam kehidupan kita ialah bukan NILAI duit tapi NILAI YANG ADA PADA MANUSIA. kalau kita mahu rezeki kita diluaskan oleh ALLAH S.W.T kita kena bukak dan luaskan REZEKI ORANG LAIN.

macam mana caranya ???

melalui membantu orang lain. dunia ini takde nilai sebenarnya. sebab tu siapa yang kejar dunia JIWA DIA AKAN RASA KOSONG. sebagai contoh apabila diri kita mempunyai nilai manusia lain akan mencari kita. Nilai yang ada pada diri kita yang bermanfaat untuk orang lain itulah SEBABNYA. 

jadi apa maksud rezeki sebenarnya ???

kau nak tahu tak apa maksudnya ....

aku malas nak panjang panjang cerita ....

baca jawapan dalam gambar dibawah ...




kenapa Dr Azizan mempunyai rezeki yang melimpah .... 

- sebab dia bantu orang lain ....
- bantu selesaikan masalah orang lain ....
- bantu kepada mereka yang memerlukan ...
- tahu apa yang orang lain tak tahu
- bantu mana mana company yang dah nak jatuh bankrap

jadi tak boleh nak dipertikaikan kenapa Allah beri dia rezeki yang melimpah sebab dia LUASKAN REZEKI ORANG LAIN.

baru baru ini aku ada create something PHILOSOPHER aku sendiri aku beri nama sebagai kod 775. Gabungan beberapa HUKUM ALAM yang hanya diketahui oleh mereka yang bijaksana. Hidup dengan menjawab persoalan,  kadang kadang kita sentiasa tercari cari apa jawapannya.

sebenarnya persoalan itu ada dalam kod-775 yang aku sendiri yang cipta. pokok pangkalnya ialah diri kita sendiri punca masalah dalam hidup kita. kita selalu salahkan orang lain. apabila tersilap buat keputusan. padahal kita buat keputusan tapi kita tak mahu bertanggungjawab. memang kompom la takkan berhasil.

kisah bersambung ....

Fan page Facebook saya Pakar Elmuwan kod 775

hubungi saya

014 - 2602 389

dari meja SOHO saya ...






04 July, 2015

pelajaran MAKSUD TERSIRAT dalam kehidupan .....

maksud tersirat dalam kehidupan ramai orang yang TAK NAMPAK. mereka hanya nampak LUARAN sahaja tapi tak nampak NILAI DALAMAN. sedangkan Nilai dalam manusia itulah yang mustahaknya. Rahsia Alam, Rahsia Manusia, Rahsia pokok, Rahsia binatang, semuanya disebutkan dalam Al-Quran.

Al-Quran diturunkan untuk manusia bukan untuk semut, bukan untuk lembu, bukan untuk pokok tapi Al-Quran untuk manusia. hanya manusia yang boleh memahami maksud tersirat sahaja yang boleh memahami Al- Quran.

saya kaji Al - Quran saya tak pernah jumpa ayat tipu. sebab Allah s.w.t tak pernah menipu manusia. hanya manusia sahaja yang selalu menipu.  apa semua makhluk ciptaan Allah s.w.t semua disebutkan di dalam Al-Quran.

perhatian : INI BUKAN KELAS USTAZ KAZIM .....ini kelas USTAZ TAHIR IDRUS ....

JANGANLAH GELAK ...

cuba tengok kisah yang terdapat di dalam Al-Quran kita akan lihat ilmu orang dulu dulu lebih hebat daripada ilmu orang sekarang.

Nabi Musa lempar tongkat boleh jadi ular.....

Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan binatang...

banyak lagi ilmu orang dulu dulu yang hebat hebat yang MENJADI PENGAJARAN UNTUK DIRI KITA SENDIRI....

Dalam hidup ini kita ada tujuan. kalau takde tujuan buat ape nak hidup. kita hidup kat atas muka bumi ini dalam kekosongan. cuba kita lihat diri kita di sepanjang USIA KITA pasti ada dalam usia usia kita YANG PATUT DI ISI DENGAN PELBAGAI PERKARA MANFAAT.

nak isi hidup kita perlu MEMAHAMI MAKSUD TERSIRAT DALAM KEHIDUPAN ......

14 February, 2015

kenapa bisnes SAYA BOLEH maju ???

wise people always known this you can go right back to the ancient babylonians. they also known this. THE SMALL SELECT GROUP OF PEOPLE

Think for a moment. Look at your hand. It looks solid, but it really not. if you put it under a proper microscope you'd see mass of energy vibrating.

kat atas muka bumi ini terdiri derbagai bagai PELUANG untuk manusia. inilah yang ramai manusia tak nampak. peluang itu seolah olah bersembunyi.peluang itu ialah PEMALU. jadi kita kena ada SENI MEMIKAT PELUANG. kalau kita tak ada seni itu kita takkan dapat peluang. kirim salam ajela. kekayaan tak semestinya dinilai dengan wang ringgit. duit itu datang daripada poket manusia. seni memikat itulah mahal harganya. sama macam kalau kita nak MEMIKAT seorang gadis.

tukar kisah hidup daripada biasa biasa kepaDA LUAR BIASA. Menjadi kaya adalah pilihan bukannya ketentuan. siapa sahaja boleh kaya. yang penting USAHA ,USAHA, USAHA. kalau tak jadi buat lagi,lagi,lagi.apa yang penting HASIL,HASIL,HASIL. 

manusia selalu menilai diri kita apabila ada hasil. kalau takde hasil siapa yang akan pandang diri kita ???

Itulah sebabnya kita kena hasilkan sesuatu.

hasilkan sesuatu yang BERMANFAAT untuk manusia

banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkan kepada dunia. dalam hidup ini kalau kita tak tahu RAHSIA kita akan hidup susah SAMPAI BILA BILA. rahsia itu bukan lagi rahsia jika kita dah tahu. tapi tak ramai yang tahu APA ITU RAHSIA KEKAYAAN.

pengorbanan yang diperlukan untuk mencapai apa apa kejayaan adalah KETABAHAN. PANDAI DAN CERDIK sahaja tak cukup jika tak disertai dengan ketabahan. sifat ketabahan yang kecil tetap akan MENBUAHKAN HASIL.

perjalanan 1000 batu bermula daripada langkah yang pertama tetapi jika kita tak memulakan langkah macam mana nak sampai ke 1000 batu. KENALAH MELAKAN TINDAKAN. kalau cakap sahaja nak bisnes tapi tak MULA BERTINDAK tak guna. setiap perjalanan banyak maksud tersirat , banyak masalah, hanya yang mampu selesaikan MASALAH SAHAJA YANG BOLEH DIANGGAP JUARA.

dalam pertembungan air sungai dan batu. AIR SENTIASA menang walaupun lembut. air kan sifat nya lembut tapi kenapa air yang lembut itu boleh memecahkan batu ???

air sentiasa menang SEBAB KETABAHAN.

itu sahaja ....nak jadi usahawan kena berkawan dengan usahawan. tak sepatutnya berkawan dengan orang makan gaji. orang yang makan gaji TAKKAN FAHAM TENTANG DUNIA USAHAWAN. 

27 April, 2014

idea pokok

kekuatan pokok bergantung pada akarnya

kekuatan AKAR POKOK bergantung pada apa yang kita BAJA DAN SIRAM

adalah menjadi sesuatau panduan dalam hidup saya....saya belajar subjek bisnes daripada sebatang pokok. apa apa bisnes yang HALAL adalah bisnes yang mengikut HUKUM ALAM.

HUKUM ALAM bukan tipu. yang selalu menipu adalah manusia. sebab manusia banyak kelemahan.

bayangkan sebuah kekuatan BISNES (pokok ) bergantung pada pekerjanya (akar) kekuatan pekerja bergantung apa yang BERI pada pekerja kita (baja dan siram )

konsep hukum alam adalan sama dengan konsep pembinaan bisnes. konsep nya sama macam konsep kehidupan. inilah yang membuatkan kadang kadang kita terlepas pandang. Mereka nampak nilai yang ada pada duit tetapi mereka tak nampak nilai yang ada dalam kehidupan. Hakikat kekayaan yang sebenar adalah hakikat yang ada dalam kehidupan ..itulah hakikat yang kekal. sebenarnya apabila kita bukak bisnes bukak kedai ke bukak kiosk ke sebenarnya bisnes itu tak penting yang penting adalan apa yang kita semai DIDALAM MINDA CUSTOMER itulah yang penting yang sebenarnya. sudut pandang diri sendiri sebenarnya mempunyai kelemahan. 

perjalanan seribu batu bermula daripada langkah pertama akan tetapi jika kita tak memulakan langkah kita tak AKAN BERMULA. tak bermula bermakna TAKDE HASIL. setiap hasil bergantung pada punca tetapi punca tak bergantung pada hasil. inilah HUKUM ALAM yang tak boleh disalahertikan.

kenapa saya mahu bukak bisnes ???


1- saya mahu ubah hidup keluarga saya.maklumla saya bukan berasal daripada keluarga yang ada ada. saya berasal daripada keluarga yang takde takde. inilah sebab saya mahu mereka semua jadik usahawan. mak saya belum pergi haji/umrah lagi. dan saya dalam pembinaan duit saya untuk hantar mereka semua pergi haji/umrah inilah yang saya mahu. TEKANAN keluarga saya yang menyebabkan saya jadik begini. BANTU KELUARGA SUPAYA JADIK USAHAWAN.


2 - bantu kawan aku yang makan gaji yang tak PUAS HATI dengan gaji mereka setiap bulan. saya tak suka melihat kawan saya jadi KULI SAMPAI MAMPOS. mereka sepatutnya diberi peluang ....PELUANG UNTUK PECAT BOS MEREKA SENDIRI. saya ajar mereka supaya MEREKA JADIK BOS.

3 - saya selalu melihat bangsa saya takde duit. kebanyakan orang melayu ni mereka yang makan gaji dibawah RM3000 sebulan. dengan harga barang yang naik MEREKA SELALU JADIK MANGSA keadaan. belum tiba 15 hari bulan poket dah pokai dalam bank pun pokai jugak. inilah yang saya katakan MANGSA KEADAAN. sebab mereka tak pernah terfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah mereka ....

21 April, 2014

punca KEKAYAAN .....Rahsia ORANG KAYA .....

kau nak tahu kenapa orang melayu miskin ??

kau nak tahu tak kenapa ada ORANG KAYA TERUS KAYA ??

kenapa orang muskin terus miskin ???

 S E B A B mereka tak tahu RAHSIA ORANG KAYA ....mereka hanya tahu RAHSIA ORANG MISKIN....

lihat siapa kawan kita.....lihat apa yang kita lakukan setiap hari.lihat apa perkataan yang kita gunakan setiap hari . lihat apa yang kita FIKIR setiap hari.

berkawan dengan orang miskin buat kita jadi orang miskin kawan dengan cicak mengkarung perangai pun macam cicak mengkarung. kita adalah siapa kawan kawan kita. 

punca kekayaan adalan aktiviti menyimpan yang berterusan. tapi yang ini orang melayu tak buat terutamanya mereka yang makan gaji. mana orang yang kerja bank tahu ler benda ni semua. tak ramai yang rajin menyimpan. mereka hanya bergantung pada KWSP sahaja ketika mereka tua. mereka tak pernah terfikir untuk cari INCOME SAMPINGAN. untuk menampung perbelanjaan kehidupan. 

setiap daripada simpanan adalah biji benih. kalau kita tak mulakan degan benih simpanan macam mana benih itu nak berganda. kena mulakan dengan benih yang pertama dulu kemudian. benih duit itu akan bercambah tahun demi tahun. hari demi hari.itu pun kalau ada buat .tapi rata rata orang melayu mereka tak buat. mereka berharap HUJAN EMAS YANG TURUN DARIPADA LANGIT ....sampai kiamat pun takkan ada.

oleh sebab saya ni selalu berkawan dengan PARA JUTAWAN. jadi saya ingin kongsikan tentang RAHSIA PARA JUTAWAN.

kalau kita mahu menuai hasil buah buahan kita kena tanam benih dahulu. Kita perlu menyemai benih yang pertama. daripada benih yang pertama itu kita perlu baja siram baja siram baja siram. sebab pokok itu CEPAT membesar adalah perbuatan baja dan siram secara berulang ulagan. barulah kita dapat POKOK YANG BAIK YANG BERKUALITI.

setiap hasil mesti ada puncanya. Takde penca takde hasil, hasil bergantung pada punca tapi punca tak berganting pada hasil. HANYA MEREKA YANG MEMPUNYAI PUNCA YANG KUAT SAHAJA YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU JADIK JUTAWAN. mereka yang dah jadik jutawan telah melalui proses proses ini. 

HUKUM ALAM mengatakan setiap apa yang kita semai kita akan tuai hasilnya. kalau kita semai SIKAP BAIK. hasil yang baik kita akan terima. kalau kita SEMAI SIKAP BURUK kita akan terima HASIL YANG BURUK. cuba lihat ....LIHAT SIKAP KITA BUKAN SIKAP ORANG LAIN. kita tak bolah tuai kalau kita tak menyemai. itulah sebab kita kena semai SIKAP BAIK supaya apa yang baik baik datang kepada kita. 

p/s kisah bersambung ....

03 April, 2014

SKRIP JAMPI ....pelajaran Bomoh Halal

PERHATIAN : Jika pendapatan anda RM 5 juta anda tak perlu baca artikel BODOH SAYA INI.

Kepakaran saya ialah MEMBUAT ORANG BERHENTI KERJA. saya suka sangat melihat orang berhenti kerja (berhenti jadik kuli) buat bisnes sampai income dia RM 5000 sebulan. saya dah buat ramai orang berhenti kerja dan MEREKA MENJADI BOSS. 


berapa ramai yang ingin tahu bagaimana saya berhenti kerja ??

berapa ramai yang ingin tahu bagaimana saya PECAT BOSS SAYA ???

berapa ramai yang ingin tahu apa formula saya gunakan ???

berepa ramai yang ingin tahu bagaimana saya HASILKAN ELMU KOD 775 ???

perhatikan sebab sebab sebab dibawah .....

SEBAB SAYA SENDIRI SUDAH TERBANG BEBAS TANPA BOSS SELAMA 5 BULAN.

betul ke ???

saya mula bisnes selepas IJI 2013 tahun lepan 27/28/29 hb september 2013 ....saya starts bisnes SECARA SERIOUS 1/10 /2013 .....bulan 10/bulan11/bulan12/bulan1/bulan2/bulan3/ JADI SAYA DAH BISNES DAH SAMPAI 5 BULAN sekarang dah bulan april 2014 ...macam macam ragam manusia dah aku lalui. seronok nya melihat anak murid saya berhenti kerja SEBAB BISNES MEREKA DAH PUKUL GAJI MEREKA.

hari ini saya bersyukur saya mempunyai bisnes yang saya minat iaitu bisnes kek coklat dan dotambah pulak dengan ELMU IJI yang aku BOM PADA BISNES AKU ...elmu Dr azizan aku baru gunakan 5 % itu pun dah buat anak murid aku dapat RM 5000 sebulan....

sebelum ini pada tahun 2010 2012 2013 adalah pembaziran waktu sebab aku berkawan dengan biawak biawak nyamuk nyamuk dan lalat lalat, yang suka promote bisnes yang bukan bukan, dan aku juga tak suka hidup dalam makan gaji , tak bebas, tak best , saya MAHUKAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN IMPIAN SAYA TERCAPAI. Dalam aku bergelut gelumang dengan dunia bisnes macam macam MASALAH AKU DAH HADAP. apa dia ??

macam macam ???

dan aku BANGKIT SEMULA sebab aku berjaya MENYELESAIKAN MASALAH...dan akhirnya aku berjaya bukak kiosk sebijik kat GIANT BACANG. sebelum ni aku hanya supply kek coklat aku kedai ke kedai sahaja starts 1 kedai dulu lama lama 2 kedai lama lama jadik 10 kedai . dan sampai lah sekarang aku dah conquer 20 orang taukey kedai.

bayangkan kalau anda dapat KUASAI 20 ORANG TAUKEY KEDAI ???

APAKAH PERASAAN ANDA ??

bagi saya saya dapat rasa seolah seolah saya dapat menguasai 20 ekor GAJAH (orang besar) mereka tak tahu macam mana rasanya sebab mereka tak buat 

padahal idea aku cuma 1 idea sahaja iaitu SUPPLY KEK COKLAT KE KEDAI KEDAI.
apabila aku cakap pada kawan aku mereka terkejut SEBAB mereka tak tahu idea aku ini adalah idea yang paling mudah JIMAT KOS , TAK PAYAH BAYAR SEWA KEDAI, TAK PAYAH SUSAH SUSAH. Idea aku inilah yang aku SHARE DENGAN 50 ORANG ANAK MURID AKU ....

macam mana aku nak share elmu aku pada 50 orang anak murid aku ???

BUKAK SEMINAR LER ....tapi aku buat seminar TERTUTUP SAHAJA banyak jugak kelebihan dan kelemahan yang aku belajar. aku buat seminar kat OFIS MENTOR AKU kat mana OPS SORI MENTOR AKU TAK BAGITAHU. lagi pun aku buat seminar in pun cum suka suka sahaja dalam 50 orang anak murid aku cuma 3 orang sahaja yang berjaya.

anak murid pertama = buat income RM 5000++ sebulan
anak murid kedua = buat income RM 3000++ sebulan
anak murid ketiga = buat income RM 2500++ sebulan

tak banyak pon sebab tu lah aku tak boleh cakap besar ...aku hanya cakap kecik sahaja kalau macam anak murid Dr Azizan tu ank murid dia 330 000 orang, dan yang dah touch 1 million BERSEPAH SEPAH. sebab tu ler dia boleh cakap besar. bukan untuk sombong tapi nak BAKAR SEMANGAT MELAYU YANG TAK SEDAR DIRI INI.

hei, ekonomi bumiputra 30%....itu maknanya 70% bukan melayu ....kalau tak percaya lihat papan bursa malaysia. tengok sendiri baru dapat bukti. 

sape cakap elmu kod 775 aku ni takde nilai ....BULL SIT 

sape cakap aku baca buku tapi aku takde mentor .... BULL SIT 

sape cakap BISNES AKU LINGKUP ....bull sit ....

aku buat bisnes ni aku dah ada 6 orang mentor ...mentor aku jenis JUTAWAN SENYAP ..BUKAN JUTAWAN KEPOH . mereka mengikut prinsip penyu bukan prinsip ayam kampung.

p/s ....kisah bersambung ....banyak lagi aku tak sempat tulis ...

PANJANG CERITA ...

KALAU NAK KOMEN JANGAN KOMEN KAT SINI KOMEN KAT FACEBOOK ....atau like fan page aku ...

facebook fan page
PAKAR Industri kod 775....