Must be read

SLOGAN KEHIDUPAN :-

" TO GATHER THE BOUNDLESS OPPORTUNITY "

21 October, 2013

Kenapa Aku BENCI dengan orang tua KASSIM ....

ini cerita dulu dulu ler time aku kerja pakson dulu. sebelum ni aku dah pergi macam macam seminar. aku baca buku demi buku, Aku bergaul dengan para jutawan, Sebab kalau nak diikutkan macam mana aku boleh termasuk kerja pakson. 

Nak tahu tak ? 

Berapa ramai yang ingin tahu sila angkat tangan ???

Memalui kak zaleka isteri abang Fadzli. Tapi time first time aku kerja ini time tu abang Fadzli dan kak zaleka masih lagi bertunang. Inilah zamam aku takde halatuju hidup,kejap kerja sana, kejap kerja sini, sampailah pada suatu hari ada sorang mamat ni beritahu aku yang kat brand Novelle ada kerja kosong. Nak dijadikan cerita AntiAmy ni tipu gaji aku dia janji dia nak bayar RM4 sejam, tapi bila keluar jek payslip gaji aku RM3.50 sejam ...TAK KE PUKKIMAK NAMANYA .....

Lepas jek aku tension pasal brand novelle aku pindah brand lain. tapi time aku kerja novelle ni aku baru analysis sikit sikit jek pasal orang tua kassim ni. Tak nampak perangai dia yang macam sial tu. Aku pun tukar brand. Aku masuk brand akemi. Fuh best giller syioot, padahal aku kerja part time jek tapi dapat melancong. pergi sini sana SEBAB AKU NI BUKAN KATAK BAWAH TEMPURUNG PUNYA ORANG. 

starts daripada aku kerja company akemi inilah aku starts MODELLING perangai orang tua kassim yang bodoh ni. Mula mula ok tapi biler dah lama lama macam sial plak perangai dia. perangai macam budak 5 tahun. 

Ha .... ha .... ha .....nak tahu apa aku buat permulaan kepada macam mana aku SABOTAJ KASSIM. ialah ......banyak benda sebenarnya yang aku buat Kadang kadang buat buat datang lambat. buat buat tak dengar cakap dia. Buat customer lari. cerita tipu pada kassim. Banyaklah benda yang aku buat. Sampai SALE PUN JATUH ....suka aku dengar....tak tahu kerja siapa kan. Inilah kerja aku sebab aku nak sabotaj orang tua kassim yang tak sedar diri ini .Sebelum ni aku pernah kerja renoma. Cina tu cabar aku suruh aku pukul sale sampai RM2000 sehari. Disinilah aku rasa BERKUASA SANGAT ....

Tapi time aku kerja brand akemi aku tak pukul sale banyak banyak . pukul sikit sikit jek. SEBAB KALAU AKU PUKUL SALE BANYAK BANYAK KASSIM BUKAN BERI AKU HADIAH PON. Sebab itulah aku sabotaj. 

Dalam aku melihat, merenung orang di sekeliling aku. aku tengok diowang angguk jek apa yang orang tua kassim tu cakap. IYELAH ANGGUK SEBAB TERPAKSA. sebab apa sebab GAJI. mereka semua bekerja bukan sebab ikhlas . mereka semua bekerja dalam keadaan TAK IKHLAS. macam mana nak ikhlas KALAU PERANGAI KASSIM TU YANG MACAM SIAL. tak payah ikhlas pon takpe. selagi KASSIM TU BELUM MAMPOS , selagi itulah pekerja pakson itu silih berganti. SEBODOH BODOH TUPAI MELOMPAT BODOH LAGI KASSIM KENA SABOTAJ DENGAN AKU. 

nak tahu tak apa SEBAB aku VIOLENT giler dengan KASSIM BANGANG NI  sampai nak tulis blog pulak ni ??

berapa ramai yang ingin tahu , SILA ANGKAT TANGAN ???

Sebabnya ialah dia ada bagi ayat JAMPI ...supaya aku berhenti kerja ayat jampinya berbunyi :-

" ini mana tempat awak ni, pergi balik tempat awak . KALAU TAK SUKA KERJA, LETAK JAWATAN " . Fuh,,, bagai dihiris dengan sembilu. inilah jampi keramat yang menyebabkan aku berhenti kerja tanpa sign. IBARAT AKU YANG BUANG KERJA PAKSON. Giler kau bukan aku yang kena BUANG....AKU YANG BUANG PAKSON ... jangan salah anggp ea......

sepatutnya aku beri dia JAWAPAN BEGINI :-

" Terima kasih ORANG TUA KASSIM , kalau kau tak jampi aku , memang kompom aku takut nak berhenti " 

Tapi ayat ni aku tak keluarkan sebab AKU TAKUT CAWAN DEPAN MATA AKU NI MELAYANG KAT KEPALA DIA ....kalau nasib baik MASUK ICU kalau nasib tak baik MASUK KUBUR......Relaks TAHIR SABAR SABAR.....tarik nafas kejap......

Nak tahu tak sebab apa aku berani tulis benda ini TANPA RASA TAKUT ???

Sebab 1 = Aku pernah jadik BEST student sekolah
Sebab 2 = Aku pernah masuk UNIVERSITI 

tetapi 2 sebab ni AKU RAHSIAKAN sebelum aku masuk KERJA PAKSON. sebab itulah takde orang pakson yang perasan SIAPA AKU SEBENARNYA . Giler kau takkan BEST student sekolah nak dengar cakap BEST manager pakson. 

Datuk ameer ali bin Mydin pernah berkata pada sidang media semasa MERAIKAN KEJAYAAN PERNIAGAAN MYDIN :-

" SEMUA ORANG BOLEH JADIK PENNGURUS TETAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH JADIK PEMIMPIN "

mana aku tak sakit hari .....time Dato Ameer cakap tu kena kat muka aku ...memang ler ....tapi ini cerita lain ...time aku kerja mydin .....

berbalik balik pada drama kassim .....tadi ....

pasal aku tahu ler segala kesilapan dia ....orang yang tak layak duduk di atas macam inilah jawabnye ...

kata kata STEPHEN COVEY :-

" organisasi bukanlah mesin tetapi organisasi ialah ORGANISMA HIDUP DAN BERKEMBANG ....."

korang tak terasa ke KASSIM BUAT KORANG MACAM MESIN .....

KORANG TAK terasa ke KASSIM BUAT korang macam kuli .....

tepuk dada tanya MATLAMAT ....

ha ,,,,INI RAHSIA tetapi aku beri bonus sebab buat tatapan korang semua ...



101 SEBAB KENAPA SAYA BENCI KASSIM ....

1- Pemikiran sempit

2- Menganggap PEKERJA seperti MESIN

3- MANAGER tetapi mentaliti FOLLOWER

4- Menindas pekerja bawah untuk naik pangkat

5- Nak sale tinggi dengan CARA MEMAKSA PEKERJA

6- Sale JATUH JEK jadik kelam kabut

7- tak pernah jadik best student sekolah

8- PENGKHIANAT BANGSA AKU SENDIRI

9- golongan SAMPAH Masyarakat yang tersembunyi

10-Tak belajar KESILAPAN DIRI SENDIRI tetapi belajar KESILAPAN ORANG LAIN 


Dah lah tu 10 sebab jek ....nak catat tak muat .....kat rumah aku berlambak tulisan aku ...
bersambung KISAH YANG AKAN DATANG ....


prepared by 

Jejaka Tahir
Penceramah Kontroversi
Graduan Program IJI 2013 Dr Azizan Osman.....



20 October, 2013

macam mane nak cari BOM INCOME ???

15 idea sneak income .....
apa maksud SNEAK INCOME ....???

sneak income bermaksud kita melakukan kerja HANYA SEKALI tetapi INCOME YANG DATANG ITU BERKALI KALI .....anda bukan menuju ke planet MUSYTARI TETAPI ANDA SEDANG MENUJU KE PLANET PLUTO....kunci INCOME TANPA HAD.....


1-  Kerja jualan secara sambilan
2-  Menulis
3-  Kerja kerja perundingan
4-  Berceramah
5-  Internet
6-  Persindiketan
7-  Pemasaran-advertising,maklumat
8-  Licensing
9-  Menyewakan hartanah
10-Agent insurans,investor,saham
11- Penulis e-book
12-Penasihat pemasaran (buku,e-book,CD)
13-Pemasaran Ramkaian (MLM)
14-jurugambar
15-Pemilik perniagaan -franchise,pengurus

PERNIAGAAN YANG BERKUASA DI MASA HADAPAN 

-MLM - Produk kesihatan
-Telekomunikasi
-Komputer
-e-dagang
-Franchise
-Pendidikan

Pak Kyai memberitahu 4 Sungai Perniagaan yang takkan surut

- Perniagaan Makanan
- Perniagaan Kesihatan &ubat ubatan
- Perniagaan Pakaian
- Perniagaan Pendidikan

Dato Dr Hj Mohd Fadzilah kamsah pernah berkata tentang keperluan MANUSIA yang sentiasa ada permintaan - bagus kalau ada perniagaan yang sentiasa ada permintaan

- Tempat tinggal
- keselamatan
- pengangkutan
- Rekreasi
- Hiburan
- Hiasan
- Barangan Mewah

3 Pelengkap kehidupan

- menanam pokok
- Menulis buku
- memiliki anak 

PRINSIP HIDUP

- Riches cannot always be measured in money
- Jujur boleh tapi lurus tak boleh
- Sombong tapi bukan untuk meninggi diri
- Lebih baik cari manusia yang memerlukan sahaja
- FOCUS kepada membantu orang lain







10 October, 2013

MENGAPA SAYA MENANGIS .....


entah ler... bukan sebab apa pun adalah disebabkan aku sehdiri pun tak tahu apa yang harus aku lakukan .....3 hari aku consultation kan orang lain ....baru aku tahu macam mana perjalanan hidup sebagai seorang speaker ....kalau aku tak cuba aku tak tahu .....daripada aku menbuang masa melayan biawak tepi jalan tu lebih baik ....aku buat benda yang bermanfaat ....

daripada dulu aku sebenarnya ....  aku memang berminat nak menjadi seorang penceramah bebas ....idola aku Fadzilah kamsah .....tapi aku tak jadik macam dia pun ...aku nak jadik usahawan ....kadang kadang aku seriang dapat nasihat daripada mereka yang tak layak ....ada jugak mereka yang beritahu aku macam macam ....bila aku tak buat mereka kutuk aku cerita belakang tabir.....

cerita berbentuk begini .....

 " wah jadik jugak ek , PRIVATE CONSULTATION KO "
 aku jawab " mestilah , sebab aku betul betul berminat '
 " ko rasa macam mana, aku rasa ko tak patut buat, sebab ko tak ada bakat "
 " apsal pulak , suka hati aku ler , benda yang aku suka "
" aku rasa ko ni kena, hentikan jangan beri cas sampai RM500 , banyak tu , nanti orang tak mampu "

" aku nak tanya satu soalan,???"
" apa dia "
" ko pernah tak jadik consultant, beri nasihat pada orang dan pernah tak kau bukak seminar "
" dua dua tak pernah "

lepas tu aku angkat kaki dan terus bla .....aku malas nak hadap orang BANGANG MACAM NI ....kalau ko nak komplen aku ...kau dah jadik consultant takpe lah jugak ....ini kau sendiri pun tak pernah jadik macam aku ...aku ni dah ada penasihat aku sendiri ....


nak tahu siapa penasihat aku ....

mereka yang dah bergelar jutawan ....mereka ni semua adalah bekas orang orang yang dah berjaya setelah pergi seminar Dr Azizan ....

08 October, 2013

Elmu FREE..... Dr Azizan yang aku kumpulkan

sebelum aku pergi seminar yang berbayar ....inilah yang aku kumpulkan semasa aku pergi seminar yang free ...sepanjang tahun ...apa kata kata dia aku catit ......itu pasal ler aku dapat yang sebegini rupa ...



- Impian yang besar menghasilkan tindakan yang besar

- saya pun tak tahu berapa harga minyak daripada berharap diberi makan oleh orang lain lebih baik bina ekonomi diri sendiri ....

- ekonomi jatuh bagus berniaga sebab perniagaan yang wujud adalah untuk menyelesaikan masalah

- 98% manusia tidak menulis matlamat ....saya akan kawan dengan orang cina dia plan 30 tahun akan datang untuk anak anak mereka belajar oversea 

- musuh no 1 ada dalam diri sendiri 

- hooked pelanggan baru dapat results

- bisnes itu diuruskan oleh manusia mesti cari elmu tentang manusia dulu

- hasil akan jadi apabila kita buat 

- apa sebab buat bisnes ....salah satu sebabnya ialah sebab tiada pilihan

- kekayaan bermula daripada pemikiran manusia 

- wanita golongan suka bertukar tukar fesyen

- kita dalam keadaan kritikal sekarang ni ...sebab kuasa besar ekonomi bukan US tetapi China sebab China beri hutang pasa US

- peduli apa bukan mereka beri aku makan ....

- rezeki datang daripada pemberian perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan

- kejatuhan bangsa akibat kita tak menguasai ekonomi

- sales - pergi tanya orang 
marketing- orang tanya kita

- inflasi berkembang - sistem duit makin susut

- Usaha ,sabar, Doa

- Turning point

- KALAU KO BISNES KAU NAK KAYA ....KAU TAKKAN KAYA ...

- kalau dah buat bisnes tak jadik lepas tu salah kan pulak orang lain ...ini adalah ciri ciri USAHAWAN GAGAL .

- orang yang berjaya tak duduk di pulau alasan ....


03 October, 2013

kesilapan LUTFI dalam bisnes ....

dalam ramai ramai kawan aku yang aku paling menyampah dia ni sorang jek ...sebab apa ....ada banyak sebab yang aku paling menyampah .....sebab orang nya macam sial .....

nak dijadikan cerita pada tahun 2010 aku time aku kerja pakson .....aku kenal lutfi ni pon daripada kawan aku bernama saiful....tapi aku tertarik pon sebab aku time tu aku budak lagi ......aku baru lepas baca buku JUTAWAN SENYAP .....yang ditulis oleh Chef Li ...aku pon terbakar ler ...aku ingat kan lutfi ni boleh bantu aku ....rupa rupanya hampeh .....aku mula asal aku nak bisnes pasar malam jual roti jek .....sebab dalam buku jutawan senyap ni ada cerita kisah pasal usahawan roti bernama samad .....seorang pemuda yang gigih berusaha sampai berjaya ....

nak dijadikan cerita lutfi ni promote prepaid4u ...perniagaan yang aku tak minat PERNIAGAAN MLM .....pon aku gagal dalam bisnes ni sebab lutfi punya kesilapan ....dan daripada itu aku pun beralih lagi satu perniagaan MLM yang aku agak suka sikit ...iaitu worldwellness .....boley tahan ler ...aku ni TAK SUKA KALAU AKU NAK BISNES AKU TAKDE ILMU ....apa yang aku melihat ni ...aku tak pernah dengar cerita daripada mulut dia dia cakap yang dia ni tak bagus ....SEMUANYA BAGUSLAH KATAKAN .....

pendekkan cerita ...lame jugak aku TAHAN DENGAN PERANGAI SIAL DIA .....Kesilapan dia aku sengsara .....bayangkan korang ditempat aku ....korang dapat kawan yang pentingkan DIRI ....HANYA FIKIR KEUNTUNGAN DIRI SENDIRI SAHAJA ......BUKAN KEUNTUNGAN BERSAMA ......... tak tension ke korang .....itulah harga umur aku yang aku sanggup bayar ...tahun 2010, 2011, 2012 .....ko bayangkan 3 tahun aku sabar dengan perangai dia ......MENILAI DIRI ORANG LAIN ....TAPI TAK MENILAI DIRI SENDIRI YANG BANGANG .....

BANGANG YANG ADA DALAM ORANG LAIN DIA NAMPAK ....TAPI BANGANG YANG ADA DALAM DIRI SENDIRI DIA TAK NAMPAK .....tak ke bodoh namanya .......salah satu prinsip hidup aku KALAU AKU NAK BISNES AKU KENA ADA ELMU ...itu memang prinsip hidup aku .....skang ni aku dah ada elmu ...aku nak takut apa .....

yang peliknya ...apabila aku bina perniagaan sendiri .....tapi jadik pulak bisnes aku ....tahun 2013 ni aku tinggalkan sekejap lutfi....aku pergi seminar DR AZIZAN sepanjang tahun TAPI MALAGNYA AKU PERGI YANG FREE SAHAJA .....tak pernah pergi yang berbayar pon ...
aku BOM segala elmu Dr Azizan yang free tu pada perniagaan ni...... EXTRA MOIST CHOCKLATE CAKE......itu yang HASIL YANG AKU TAK JANGKA .....

  ...aku buat tanpa bantuan lutfi ....SEKARANG NI SALAH SIAPA .....lagipun aku starts bisnes ni pon semasa aku bekerja lagi .....sampai income aku jual EXTRA MOIST CHOCKLATE CAKE .....ni pon dah pukul gaji aku ....ape lagi berhenti kerja rr.... lepas aku berjaya buat bisnes kek coklat ni .....saje ..buat buat nak jumpa lutfi ......saje nak tanya khabar ......

nak tahu apa kisahnya ......LUTFI BUAT BISNES LINGKUP .....BISNES DADIH .... aku dah tahu apa jawapannya ......korang nak tahu tak jawapannya .....

aku saje tanya " kenapa ko buat bisnes lingkup "

dia jawab " ko tahu tak SYED SALLEH .....macam ni ...macam tu ...macam ni macam tu ...KAK ZURA ......macam ni ...macam tu ...." cerita tentang diri dia kalau ko dengar ...semua bagus ....cerita orang lain semua tak bagus semua salah .....aku dengar jek ....sampai member dia sendiri YANG BERNAMA AMIR.....FIRMIE .....dan macam macam lagi kawan dia ....semua ada jek yang tak kena ....ada jek yang salahnya .....

dalam hati aku berkata " KAU YANG BUAT BISNES TAK JADIK KO SALAH KAN PULAK ORANG LAIN " 

aku tak cakap ler dengan dia ....sebab nak jaga hati dia ....kalau aku cakap ...aku rasa ...memang kena tumbuk TERBALIK KEBELAKANG NANTI MAMAT NI ....cerita konon dia hebat rr....

aku teringat kata kata Dr Azizan dalam seminar free berani 2013 

" kalau kau buat bisnes product ko tak terjual bukan sebab PRODUCT KO TAK BAGUS "

haaaa tahu takpe ....dalam pendapat aku ...sebenarnya diri ko sebenarnya KENA BAGUS DULU ...BUKANNYA BAJET BAGUS ....dalam kes lutfi ni .... dia cerita jek dia bagus ......padahal dia tak sebagus mane pon .....inilah yang aku hadap tahun sebelum tahun 2013 aku buat bisnes ngan dia ....

the tahir THEORY 

" kalau lutfi boleh cerita yang bukan bukan pasal syed salleh, nazrul, firmie,amir,aziz, ama, dan kengkawan rapat ngan dia .....TAK MUSTAHIL DIA SENDIRI PUN CERITA YANG BURUK BURUK TENTANG DIRI AKU PADA MEREKA SEMUA ....DIBELAKANG TABIR ...."

Ape ni .....time dia bergaul ngan aku dia cerita semua buruk buruk tentang orang lain .....tapi time dia baik orang lain dia cerita yang buruk buruk tentang diri aku .....

itu hari aku saje jek .....nak bagitahu dia yang aku first time aku nak pergi seminar Dr Azizan ...seminar berbayar 3 hari 27,28,29 september baru baru ini ....lepas jek aku pergi seminar Dr Azizan ...aku mesej LUTFI ...." aku dah sampai melaka "

terus dengan segera dia nak ajak lepak ngan aku ....macam orang tak sabar jek .....

dalam lepak tu dia pun tanya " macam mane ngan seminar dr azizan "

nak tahu apa aku jawab " Sebenarnya aku pergi ngan kawan aku ni ...sebenarnya kita orang ada plan ....kita orang nak LETAK BAYARAN .....kalau ko nak tahu member aku letak bayaran RM1000 dan aku letak bayaran RM500 sebagai khidmat consultation "

dia dengar jek terus dia tarik muka ngan aku ...pastu senyap seketika .....dia ingat aku nak share apa yang aku dapat sebenarnya .....

lepas beberapa minit kemudian BERMULA LAH BERBAGAI BAGAI NASIHAT 

" kau tahir ...nak bisnes ni ...kau kena macam ni ...macam tu ...sms....SYED SALLEH, ......( dan macam macam lagi nasihat ) ....."

aku pun malas nak dengar nasihat daripada seorang yang tak layak beri aku nasihat ...TAPI MALANGNYA SEMUA YANG DIA CAKAPKAN ITU ......DAH TERMASUK DENGAN APA YANG DR AZIZAN BERI PETUA KAT AKU ......cuma dia jek yang tak tahu .....tapi buat buat macam tahu ........3 hari aku dalam seminar ....bukan 3 jam .....mestilah macam macam yang aku dapat 


Aku nak tanya betul betul ler pada PEMBACA SEKALIAN  ....

KALAU KORANG NAK BUAT BISNES LA .....

KORANG NAK DENGAR NASIHAT DARIPADA ORANG YANG BUAT BISNES DAH BERJAYA KE 

ATAU 

KORANG NAK DENGAR DARIPADA NASIHAT DARIPADA ORANG BUAT BISNES TAPI LINGKUP .....tak sedau diri pulak tu ....

KORANG NAK DENGAR NASIHAT DR AZIZAN KE ....ATAU ...NASIHAT LUTFI .....

JAWAPANNYA ADA DALAM DIRI ANDA SENDIRI ..... TEPUK DADA TANYA MATLAMAT ....

KISAH BERSAMBUNG PADA ARTICLE YANG AKAN DATANG .....







01 October, 2013

MENYESALNYA APABILA aku ada kod 775 .....

ha tahu takpe .....sebenarnya aku sendiri pon tak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan ......aku baru lepas pergi Seminar Dr Azizan .....IJI 2013 .....dalam pada itu aku terfikir tentang philosopher aku sendiri yang create .....tapi tak tahu nak buat apa apa .....sekarang ni aku sedar NILAI kod 775 yang aku hasilkan ini setanding dengan Elmu Dr Azizan ....sebenarnya aku tak payah pergi pon takpe ....aku sendiri pun terperanjat ....apa yang aku kaji ini ialah ELMU PERINGKAT TERTINGGI KAT ATAS MUKA BUMI INI .... disepanjang seminar berlangsung aku perhatikan apa yang dia kata ....gerak geri dia ....dan apa yang ada dalam OTAK DIA ITULAH YANG SEBENARNYA .....ramai yang tak tahu apa yang aku mahukan ....orang disekililing aku semuanya MACAM SIAL ....menyampah aku ,,,,,semua nak tunjuk bagus tapi bagus TEK SEBERAPA BAGUS PON .....lepas ni kalau aku nak pergi mana mana seminar ...pergi sorang lagi bagus ....tak semua aku boleh setuju dengan pandapat orang .....

MUNGKIN JIWA BEST STUDENT ada lagi kot dalam diri aku ....Ego ,,,, memang ler .... aku pernah capai TAHAP TERTINGGI DALAM HIDUP .....mana ada orang tahu ....takkan ada orang yang tahu MELAINKAN MEREKA PERNAH BERADA TAHAP PEMIKIRAN AKU ......MANUSIA NI NAMPAK NILAI PADA HASIL ....TETAPI TAK NAMPAK NILAI PADA PUNCA ....memang itulah KELEMAHAN MANUSIA ....tetapi ramai yang tak menyedari hakikat ini .....ada bukti BARU NAK PERCAYA ....takde BUKTI TAK PERCAYA .....sebenarnya ...apa yang ko nampak kat atas MUKA BUMI INI ADALAH BERASAL DARIPADA TIADA ....saya ulang lagi sekali .....APA YANG KAU NAMPAK KAT ATAS MUKA BUMI INI ADALAH BERASAL DARIPADA TIADA .....

hari ini aku baru lepas merujuk balik NOTA yang aku telah catitkan semasa program berlangsung ..... kata kata DR AZIZAN sama macam dalam apa yang aku kaji iaitu HUKUM ALAM .... semua buku buku yang aku baca ...semua disebut kat dalam seminar .... nampak sangat dia punya pengetahuan sentiasa upgraded .....

KADANG KADANG aku perhatikan kenapa setiap gerak geri aku ....perkataan yang aku kata ....dan bahasa aku ....SENTIASA MENJADI IKUTAN ORANG LAIN ....aku pun mencari apa jawapannya ....ternyata dalam seminar Dr Azizan yang baru baru ini .....dia ada mengatakan kata kata yang tersentap hati aku 

" industri Leader adalah apabila kita lakukan apa sahaja tiba tiba ....apa yang kita lakukan itu ORANG LAIN  PULAK YANG IKUT .....itu Bermakna KITA ADALAH INDUSTRI LEADER ..... "

kata kata Dr Azizan ini aku simpan ...dan aku akan pegang sampai bila bila sebab aku dah tahu apa dia jawapannya ....kadang kadang aku mengeluh ....marah ....biasalah ...macam aku selalu cakap sebelum ini .....Manusia ni lebih suka RASA MANIS .....tapi tak suka RASA PAHIT .....sedangkan PAHIT ITULAH YANG AKU TERPAKSA TELAN .....aku sendiri pon tak sangka yang aku telan itulah UBAT PENAWAR yang menjadi kan diri aku BERGUNA....

barulah aku tahu sebenarnya ...RAMAI YANG SUKA menasihat kan aku ....TAPI YANG SUKA MENASIHAT KAN AKU SEMUANYA ORANG YANG TAK LAYAK ....ORANG YANG LEBIH BODOH DARIPADA AKU ......terasa ke ...pergi mampus .......kalau nak menasihatkan aku ...Elmu kena tinggi dulu ....apa yang diowang pandang aku ni takde apa .....ITU MAKSUDNYA MEREKA MELIHAT PADA HASIL ....bukan pada punca ....PHYSICAL MANUSIA NI TAKDE APA SEBENARNYA ....

Cuba perhatikan orang yang berjaya ....misalnya pakar motivasi Dato Dr Hj Mohd Fadzilah kamsah ....Ijazah dia sains pertanian tapi berjaya menjadi pakar motivasi. 

perhatikan ...adakah Fadzilah kamsah berjaya menjadi pakar motivasi SEBAB DIA ADA KEPAK ???

adakah DR Azizan berjaya menjadi pakar pemasaran SEBAB DIA PUNYA TANGAN ADA 14 ??

ADAKAH Bill Gate berjaya SEBAB Bill Gate ada punya kaki 15 ??

itulah pasal physical manusia ni takde apa sebenarnya .....MAKSUD TERSIRAT YANG ADA PADA MANUSIA ITULAH YANG BERI MAKSUD PADA MANUSIA ITU SEBENARNYA ???

KISAH BERSAMBUNG >>>>

26 August, 2013

tukang picit .......

Sedarkah anda setiap jari jemari kita boleh menghasilkan jongkong emas ? Adakah anda masih sedar anda sedang menghasilkan jongkong emas setiap hari ? akan tetapi jongkong emas yang anda hasilkan itu bukan menjadi milik anda tetapi menjadi milik orang lain.

FAHAM KE TAK APE YANG AKU MAKSUDKAN ?????
APA MESEJ PULAK HARI INI YANG AKU NAK BAGI TAHU ????

Cuba kita fikirkan SMS yang kita hantarkan setiap hari ??? Cuba kita kira sejak kita menggunakan handphone .....sampailah sekarang  ....... cuba kira .....banyak tak ......dalam tak sedar kita telah menghasilkan sebuah jongkong emas yang sangat bernilai ....tetapi ia bukan milik kita ....tetapi milik orang lain .....??? kalau satu sms bernilai 20 sen kalau  10 sms sudah berapa ???  kena pulak yang baru nak bercinta pulak tu ???? fuh memang KAYA LAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI .....TETAPI MALANGNYA KITA MASIH LAGI MENJADI TUKANG PICIT DAN TUKANG TEKAN SETIAP HARI.

ini aku baru cerita pasal sms ....belum lagi aku bukak cerita harga ayam .......belum lagi cerita harga petrol ..... kos hidup semakin hari semakin MENINGKAT ......sistem duit makin lama makin susut ..... sekarang ni RM 50 boleh lah jugak beli macam macam..... mana tahu kalau 10 tahun akan datang ......apa rupa RM 50 .....boleh ke beli banyak benda .....jumlah yang sama ...tetapi .....sedikit sahaja barang yang boleh dibeli.....

setiap hari kita mempunyai SEBAB kenapa kita perlu bayar kepada orang lain. Kenapa kita tak Cipta satu SEBAB kenapa orang lain perlu bayar kepada kita. Dalam setiap sejenak aku sentiasa berfikir apa yang patut aku lakukan dalam hidup aku. Kadang kadang dalam setiap masalah manusia itu terdapat peluang yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. apabila peluang itu datang peluang itu datang secara berbagai bentuk. kadang kadang kita sendiri pun tak tahu yang ITU ADALAH PELUANG.

MENGAPA HAL INI TERJADI ????

sebab setiap PELUANG YANG WUJUD DALAM SETIAP MASALAH. orang berjaya FOCUS pada peluang orang yang Gagal Focus pada MASALAH. tetapi bila aku fikir fikir kan balik 
daripada aku nak fikir MASALAH ORANG LAIN lebih baik aku fikir kepada KEJAYAAN ORANG LAIN. sebab otak kita ni kalau kita fikir masalah .....lagi banyak masalah akan datang kepada kita......kalu kita fikir macam mana nak SELESAIKAN MASALAH. maka otak kita akan mencari jalan macam mana nak selesaikan masalah .....ini merupakan sesuatu proses .....proses inilah dinamakan PELUANG,......tetapi ramai yang diantara kita yang tak nampak.....

LUMRAH seorang manusia ni nampak nilai pada hasil ...tak nampak nilai pada punca ..... sedangkan HUKUM ALAM yang sebenar ialah PUNCA yang terbaik itulah yang memberi NILAI terhadap HASIL YANG BAIK......